Saturday, 31 October 2015

My skincare - Eskinol



Assalamualaikum.




Sejak umur aku 16 tahun lagi, kulit aku start bermasalah dan jugak kulit sensitif. Aku ada dua masalah kulit muka, berminyak dan berjerawat. Actually kalau berminyak je, aku boleh tahan lagi. Tak sakit pun. Tapi kalau dah jerawat dok tumbuh merata kat muka, memang aku tak tahan.

Ramai jugak la yang tegur kulit muka aku, kat mana-mana aku pergi, even kawan parents aku pon pernah tegur muka aku tahu? Aku dah agak orang mesti tegur punya. Pastu dorang mesti suggestkan product skincare kat aku. Malangnya semua tak memberi kesan pun kat aku. Taktau kenapa.

Masalah ni berlarutan sampai lah aku habis sekolah, zaman matrik, sampai la sekarang zaman degree, baru aku nampak perubahannya. Gila lama betul. Dekat 3 tahun kot aku merana dan sengsara dari masalah kulit muka ni.

Dan sekarang, baru la beransur pulih. Aku tak berani nak cakap dia memang dah pulih sepenuhnya, tapi so far syukur sebab jerawat dah takde lagi. Tinggal scars je yang melekat kat muka ni haa.



Inilah rupa aku masa baru habis sekolah. Mula-mula dia merebak kat bahagian hidung tau, bahagian lain takda. So masa ni paling teruk aku rasa. Bila cuci muka, memang sampai berdarah-darah. Sakit gila nak arwah tuhan je la tahu macam rasa dia hahaha.



Ini pulak lepas habis matrik, kat hidung dah takda. Tapi dia pergi merebak pulak kat bahagian pipi dan dahi. Pun sama, sangat sakit dan ngilu nak meninggal. Alahai jerawat, kenapa lah kau tak habis-habis menyusahkan aku. Ni jugak merupakan tahun ke-3 kulit aku camni. Haa kau jangan, aku kira tau hahaha

Lepas habis matrik, aku kerja part time. Sampailah masa ni, akak yang dalam gambar ni (and the other staff) suggest untuk pakai Eskinol ni. Tapi aku buat rilek buat peace je, sebab aku dah lali ngan semua ni. Apa yang terlintas dalam fikiran aku, benda ni mengarut je semua. Confirm takkan berkesan punya.

Tapi nampaknya akak ni tak pernah mengalah tau suggest kan aku, hampir tiap hari aku jumpa dia, dia tanya kat aku
"Haa dah cuba belum Eskinol?"
*Aku cuma mampu tersipu sipu dan menggelengkan kepala*

Day by day, dia tanya aku soalan yang sama sampailah aku bosan (sorry akak hehe). And finally, aku beli jugak.

Dan hasilnya...........


Because smiling is too mainstream kahkahkah :')

So akhirnya masalah jerawat dah takde yeahooo! Sangat gumbira ok. Tapi muka berminyak tu still ada lah, aku tak kisah sangat pasal tu. Yang penting no more pimples gais hehehee. Gambar kat atas ni langsung tak pakai filter ok. Guna cahaya matahari je :)


Gambar curik google

Sebenarnya eskinol ni ada macam-macam bau dan fungsi. Aku dah pernah cuba yang timun, limau dan ada lagi satu pimple fighting (takde dalam gambar). Mungkin pimple fighting ni baru kot, tapi sebenarnya semua jenis pun sama untuk hilangkan jerawat.

Tak kira jenis pun, semuanya berkesan untuk kulit sensitif macam aku. Sebab aku dah cuba tiga jenis guys, semuanya memberikan kesan positif. I like it hehe!

So bukan perempuan je kena jaga kulit wajah sebenarnya, lelaki pun sama. Sebab inilah satu-satunya wajah kita, anugeran tuhan tuuuu. Kena la jaga leklok kan? Lagipun skincare ni kan salah satu cabang perubatan gituuu. So tak kisah lah siapa nak guna

Aku tak pakai skincare lain pun, inilah satu-satunya yang aku pakai sekarang dan memang sesuai ngan aku (dah 3 bulan pakai). So that's it! Ini bukanlah iklan berbayar dari eskinol ye, tapi sekadar perkongsian untuk kebaikan bersama. Takkan nak flawless sorang-sorang je kot? Ajaklah orang lain sekali ye dak? hahaha


Thanks for reading!

2 comments:

Fifa Nizam said...

hai, nk tnye, beli eskinol kat mana.. ssh nk cr.. muka pun tgh break out ni slh pkai produk.. u pakai eskinol tak tambah antibiotik ke? sbb duk google org len tambah antibiotik dlm eskinol..

budaqnakal jahat said...

Assalam.Hai,Nabil.Boleh tak Nabil share lagi resepi macam sebelum ni?Bukan apa Syaz suka baca resepi kat blog Nabil.Senang nak faham :)