Thursday, 22 October 2015

Kehidupan di matrikulasi



Assalamualaikum.


Tak habis lagi rupanya cerita pasal matrik ni hahaha. Bagi korang yang baru first time masuk blog aku, ni haa ada seketul entry memori di matrik yang aku dah post dulu sejurus sahaja lepas habis matrik. Tapi sekarang nak update lagi pasal benda ni sebab rasa macam banyak sangat kenangan yang tak tertulis lagi hehehe :')

Oh ya sebelum terlupa semalam 21/10 merupakan birthday aku yang ke-19 hehe korang taknak wish ke? Oh tak bergurau aje macam sakai pon ada nak mintak wish bagai kan. hahaha



Inilah muka-muka classmate aku kat matriks! Oh mannnn kalau lah aku boleh call sorang-sorang cakap yang aku rindu koranggggg. Kan indah? Tapi sekarang semua pon dah menjalani haluan hidup masing-masing kan. Malas ah nak kacau setakat nak cakap rindu je

Lagipun kitorang bukan la totally lost contact, selalu jugak aa contact kat whatsapp. Sometimes bila aku boring, saja je aku kacau dorang hantar voice note bagai.

Ni jugak merupakan perjumpaan last kitorang before final exam. Pastu dah tak jumpa ramai-ramai camni lagi dah. Tak menyesal aku kenal korang semua ok :')



Lol gambar candid gila kot. While i am busy with my monopod, tetiba bunyi flash kamera "cakkkk" depan aku. And I was like buat muka terkejut cam kat atas hahaha. Masa ni kitorang ada photoshoot dekat library. Selamba badak je kan muka sardin duduk kat atas karpet library? Haha kisah pulak aku kannnnn.

Budak penyibuk kat sebelah kanan yang buat muka duck face tu Afifah. Boleh tahan gila jugak orangnya. Tapi at the same time dia macam alim.... ok, i don't know. hehe


Ok, kalau tadi dalam library, kali ni luar library pulak. Haa kau ambik. Siapa la photographer yang suka ambik gambar time orang tak ready macam ni. Mulut aku dah ter-duck face kat sana dah kenapa?

Ok budak sebelah aku yang tampak anggun macam cina tapi bukan cina tu is Avie. Kawan gila aku ni. Aku suka borak ngan dia sebab bila aku cakap je dia ketawa. Buat lawak yang hambar pon dia ketawa okay guys. Ke dia taknak kecikkan hati aku? Ke camna? hahaha



Ok, now kita masuk balik dalam library haha. Apa kejadah kejap ke luar kejap masuk? Hah aku punya suka la nak update blog macam mana ye dak? So inilah dia rupa-rupa minah kelas i....

Semua sekarang dah masuk UPSI, UNIMAS, UNISEL, UiTM and yang masuk IPG pon ada.



Cerita library dah habis. Kita cerita benda lain pulak. Ok yang ni masa kitorang ada jamuan sikit-sikit lepas habis final exam. So baki-baki classmate yang tak balik lagi, kitorang kumpul la ramai-ramai. Happy sangat time ni sebab dapat makan satay berpuluh cucuk heheheee!

Btw ni classmate aku si Jessielyn. yang mula-mula macam taknak berkawan je rupa dia. Pastu tak sangka dia ni quite friendly jugak sebenarnya. Sebab tu lah orang cakap, don't judge a book by its cover gaiz! hehe. Budak pandai ok dia ni.



Haa kau. Bukan nabil lah kalau tak gelojoh. Tengah borak pon tangan masih laju menggapai saki baki satay yang ada. I will never miss any chance gaiz! Muka member sebelah pon masam je. Mesti dalam hati dia "Ish dia ni tamak gila nak mati aku henjut guna sudu plastik ni kang"






Last sekali kena lah ada sesi bergambar berjemaah ye dak? Hmm macam seram pulak tempat ni kan haha. Btw ini lah tempat lepak kitorang, and tempat study group jugak. Area menara pentadbiran je. Tak gelap sangat pon actually.



Ok, next is.... Ni masa kat kafe. Time ni aku baru lepas balik rumah, so aku bawakkan la anak-anak kucing ni kek lapis sarawak. Dorang sometimes demand sangat haha! Entah apa yang special pasal kek lapis sarawak pon aku taktau. Tiap kali balik mesti pesan nak kek lapis sarawak.

Haa aku bawak burung kenyalang kang ambik kau. Letak bulu burung kenyalang jadi topping cake hahaha

Well, aku rasa itu aje lah yang aku nak share. Aku cuba sedaya upaya korek hard disk nak cari gambar time matrik dulu, tapi dah tak banyak. Sebab selalu je format laptop dulu. So hilang ah semua haha

Btw kan, tak rugi masuk matrik. Sebab sini adalah tempat yang korang akan betul-betul rapat ngan classmate korang. Cayalah. Nanti kat Uni takde nya nak rapat macam ni lagi. Semua pon sibuk buat hal masing-masing.

Thanks for reading!

1 comment:

eyjalukman said...

tak tahulah napa sebab rasa bila zaman asasi tersangat enjoy. hahah takpe, kalau boleh nak tulis semua kenangan dlm blog. tp kekangan msa sometimes lupa juga nak tulis. anyway happy belated birthday! :)