Monday, 19 October 2015

Daftar Universiti



Assalamualaikum =)


29 Ogos hari tu, mula lah perjalanan aku sebagai seorang bakal mahasiswa yang masih mentah. Well, sebab masih mentah ialah aku baru je umur 19 kot hahaha. Mentah tak? Baru setahun jagung ok umur ananabil ni sebenarnya.

Lepas tamat program matrikulasi, aku berjaya ditempatkan di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan atau lebih famous lagi dikenali sebagai UMSKAL dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Perbankan Antarabangsa. Ok bapak panjang nama uni ni. Jenuh nak menyebutnya.

At first kan, bila aku tau aku dapat UMSKAL, rasa macam tak percaya. Sebab apa? Dulu aku lepasan matrik labuan, dan sekarang... Seriously aku nak kena pergi Labuan balik untuk degree? kahkah aku bukan tak bersyukur cuma macam terkedu lah tak tau nak cakap apa.

Tapi it's ok, sebab habis je SPM aku pernah dikecewakan oleh UPU, then aku rasa bertuah kali ni aku tak lagi dikecewakan oleh UPU. Thank you upu, i lap u <3 hehehe



31/8 - Aku mendaftar uni pada hari merdeka okay? Aku pun jadi pelik bukan ke sepatutnya masa ni cuti umum? Tapi sebenarnya hari mendaftar ni ada dua hari which is 31/8 & 1/9. Dan aku memilih untuk mendaftar pada 31/8 sebab lepas daftar terus balik hotel hehe. Inilah rupa aku masa nak mendaftar. Gemuk gila time ni effect daripada cuti panjang selama 4 bulan. Yarabbi aku tak sanggup nak tengok gambar sendiri hahahaha! (sekarang aku dah lose weight ok)

Sebelum mendaftar, seriously aku memang nervous gila. Nervous yang tak boleh digambarkan. Sebab aku tak kenal siapa pun, mana tak nervousnya kan? Tapi still, aku control supaya muka nampak cool je depan orang ramai hahahaha

And proud to say, pendaftaran aku berjalan dengan sangat lancar. Smooth je. Kitorang sampai, lepas tu pergi park kereta, aku masuk dewan, pastu bagi file dan terus ambik gambar untuk kad matriks. Lepas tu siap! I am done. Terus blah pergi hotel memang tak jenguk hostel dah. Sebab aku dah daftar hostel lebih awal which is 30/8. And thanks jugak kepada semua abam and akak faci sebab dorang lah yang buat proses pendaftaran ni berjalan lancar. Tanpa dorang, huru hara lah minggu orientasi okeh. Tapi kalau tak de orientasi pon ok jugak, aku pon tak hengen sebenarnya hahaha

1/9 - Aku datang balik ke kampus kali ni tanpa mak ayah. Sebelum balik kampus aku hantar dulu mak ayah pergi airport pastu baru la balik sorang-sorang. I failed to tahan sebak tiap kali nak berpisah ngan parents for the first time, adakah itu bermaksud aku anak manja? hahaha you knows. Malam ni, terus start dah orientasi. Ini part aku paling tak suka. Serious!


Masa ni tak silap dah around pukul 12 or 1 pagi. And still, kitorang stuck dalam dewan dengan aktiviti dari dorang faci. Tipu la tak stress, dengan ngantuknya. Tapi tahan je la. Dia tak lah seteruk time matriks kena denda habis-habisan. Time orientasi uni ni, cuma banyak dengar ceramah je.



6/9 - Habis je orientasi, aku terus jalan pergi pantai untuk main air hahaha. Yes, inilah beach campus yang diwar-warkan oleh senior sebelum ni tu. Tapi aku tak la teruja sangat bila nampak pantai, unlike the others, rumah aku pon dekat je ngan pantai. Jalan kaki pon boleh sampai around 15 minit. So jalan je la sambil cuci mata dan menikmati sunset =)

Gambar background tu ialah menara UMSKAL. Nampak cam rendah. Tapi itulah bangun tertinggi kat sekitar situ, 13 tingkat je dik. Tak lah tinggi mana haha. Tapi lenguh jugak la nak naik kalau masa kuliah. Tambah lagi kalau lift sesak, terpaksa naik tangga. Paling maksimum aku pernah naik guna tangga pergi tingkat 6. Perghhhh nak tercabut kepala lutut aku ok!



Ingatkan lepas habis minggu orientasi, semuanya dah berakhir. But i'm wrong. Ada lagi orientasi.. Tapi kali ni dengan senior satu courses. So inilah group untuk orientasi bersama bebudak course aku. Sepenuhnya di handle oleh senior.

Ok that's all untuk daftar uni aku. Sekarang dah minggu ke-7 dan tak lama lagi midterm exam. Satu apa pun aku tak faham, kahkah habislah aku. Aku perlu masa lagi untuk adapt suasana kat sini.

Wish me luck ya for my upcoming exam ni! Harap sempat la nak buat preparation dengan kemalasan yang sedia ada ni hahaha. Btw sorry lah kalau entry ni macam sedikit serious atau boring. Dah lama tak menaip, so aku pun macam tak biasa haha. Thanks for reading! =)



2 comments:

Faiiza Mohamad said...

teraser macam nak pegi uni balik jer... weenduuu...

Farah Arina said...

wahh, congrats sebab dapat masuk uni. all the best and good luck for the upcoming exam. :)