Saturday, 3 October 2015

Braces journey begin!



Assalamualaikum.


Hi hi and hi. Its been a long day tak berblog. kahkah sangat lama k. My very last post was on June 2015. Sekarang dah bulan Oktober, so cincai-cincai dah masuk 4 bulan macam tu la aku tak post something kat blog. Sebenarnya bukan la pasal lupa password ke apa, atau hilang dari radar ke, no no! I am still here.


Aku masih je ada kat sini haa. Cuma malas je nak berblog, lagipun takda apa yang menarik pon berlaku dalam kehidupan aku so far. Macam biasa je aku rasa. So benda buat hari-hari tu, tak payah lah kot nak letak dalam blog semuanya. Boring k orang baca. Itu pon kalau ada yang baca hahahaha k.


Before aku move on ke entry braces, first of all aku sekarang dah pun melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Selepas beberapa bulan bercuti lepas habis matriks, maka kini aku kembali menjadi seorang student. Alhamdulillah, sebenarnya i don't expect to get it. Dengan course yang diminati, which is banking. Tak expect langsung, result matriks tak okay sangat sebenarnya. Tapi siapalah kita nak mempersoalkan rezeki yang diberi olehNya kan?


Bila masuk uni, aku macam kelam kabut sikit. Rasa culture shock tu ofcourse ada, sebab sini exactly tak macam matriks. Segalanya lecturer nak bagi, no no no. So pandai-pandai la nak hidup, nak survive. So aku masih tak paham macam mana nak hidup kat uni. Sobsob sedih k -.-


Alright that's all for uni life. Maybe kalau nak cerita lebih lanjut, kat next entry je la. Ok kita cerita pasal braces pulak, sebenarnya aku dah lama menaruh impian untuk pasang braces. Sejak dari form 5 lagi (tahun 2013), bila classmate aku tu pasang braces, aku pon usha gigi dia. Sangat unik, sangat comel. Aku suka tengok orang pakai braces k.


So ceritanya bermula di sini. Lepas 2 tahun aku mengimpikan braces ni, finally aku dapat pon pakai sekarang. Yeayyy dah dapat pakai braces! Macam dalam mimpi je, sebab aku uruskan ni semuanya dengan diri sendiri, tak libatkan pon parents. Sebab yelah, sekarang kan study jauh, so apa-apa pun kena la uruskan sendiri. Thanks la to my housemate yang selalu temankan aku pergi appointment :p (padahal aku yang paksa hahaha)


Sebenarnya agak tak sangka jugak la untuk anak manja macam aku ni urus semua benda sendiri. hahaha


Sebab aku pakai braces, macam biasa la, gigi aku sangat tak cantik. Nak betulkan apa yang patut. Aku ada satu gigi termasuk ke dalam tau sebelah gigi taring, then gigi tu kat depan pulak tu. Kalau senyum, fulamakkkkk tak senonoh sehhhhh! Pastu bila berus gigi, aku ada masalah susah nak bersihkan.


Tapi dalam pada gembira tu, sedih pun mesti ada jugak. Aku pakai braces since 1 Oktober 2015, so dah tiga hari. Tapi tak pasang habis lagi, baru pakai yang atas. Next appointment on 9/10 baru pakai yang bawah. Doktor takda masa katanya. Apa-apa je lah doc, janji aku boleh pakai, sudah la.


Ok, berbalik pasal cerita sedih tadi, apa yang sedihnya bila pakai braces ni is..... Aku tak boleh makan SEMUA makanan! Yes, kesemuanya. Jangan tak percaya. Termasuklah nasi. Nasi adalah benda yang paling keras bila masuk dalam mulut. Tak boleh kunyah, sakit yang amat sangat.


Tak sangka la akan jadi camni. Based research yang aku buat, benda ni akan berlarutan sehingga dua minggu. Wow hebat penangannya. Ni belum lagi termasuk gigi bawah, so total 4 minggu lah tak boleh makan dengan senonoh. Bukan nak takutkan pada korang yang nak pakai braces la, tapi inilah kenyataan.


Next entry kalau rajin, aku akan senaraikan kesakitan yang aku lalui sepanjang pakai braces ni ok?


Buat masa sekarang, makanan aku memang sebijik macam orang sakit. Yelah, memang sakit pon kan. Since aku stay asrama, so susah la nak masak bubur, mana boleh masak weh. Nanti kena denda pihak uni siapa nak tanggung? haha


Makanan yang aku boleh makan sejak pakai braces cuma roti yang dicelup dalam air susu, nestum, dan bubur. Tapi bubur ni susah nak dapat la. So yang selalu aku makan roti je. Tapi nak makan roti pun agak sakit jugak, main telan je. Tak kunyah pon. Dah tiga hari macam ni.


Sebenarnya, sakit atau tidak tu bergantung jugak pada keadaan gigi korang. Kalau kes gigi yang berlapis macam aku ni, mungkin sakit la. Sebab apa, gigi yang berlapis kat belakang tu, dia akan tarik pergi depan. Imagine je, memang sakit. Gigi atas dan bawah tak boleh bersentuh langsung k. Takpe, beauty is pain kan? Cehhh beauty lah sangat kan hahahahaha


Untuk kes aku jugak, aku kena cabut 4 batang gigi. Aku cabut gigi minggu lepas, hari Sabtu, so baru genap seminggu la. Aku agak gila sikit sebab aku cabut 4 batang gigi sekaligus! Haaa, tak sabar punya pasal kan? Padan muka. kahkah


So itu je la yang aku nak cerita dulu. Next time aku cerita lebih lanjut lagi k. Sorry la kalau cerita cam tergantung je hahaha. Thanks for reading!




No comments: