Saturday, 17 May 2014

My very first visit to Labuan



Assalamualaikum.


Lamanya tak update blog. Lately dua tiga minggu ni sibuk sikit buat persiapan untuk mendaftar di matrikulasi labuan. Sekarang ni pon aku update blog live dari labuan okeh! Sebenarnya tarikh mendaftar ialah 18 Mei nanti. Tapi oleh kerana aku ni seorang yang suka buat keputusan last minute untuk masuk matriks, so terpaksa la pergi awal sikit sebab flight untuk 17 & 18 dah habis beb!

Gelabah jugak aku dibuatnya. Siapa tak gelabah? Dah lah hotel kat sini susah nak cari. Nak kata hotel kat sini sikit, tak jugak sebab masa baru sampai semalam aku ngan parents dok ronda asyik-asyik jumpa hotel. Hotel dimana aku menetap sekarang ni pon sebab terpaksa. Kemain beribu hotel aku call, satu je sangkut.

Tapi aku tak suka servis hotel ni. Maybe aku tak perlu mention nama hotel. Tapi banyak benda yang aku tak puas hati. Tak berbaloi langsung aku rasa dengan harga yang depa bagi. Sakitnya hati ni. Dengan receptionist-nya yang tak mesra langsung! Parents aku nak borak pon dia sambil lewa je layan. Macam nak taknak je bukak mulut.

Pastu masa order via call, dorang kata bilik ni muat untuk 3 orang. Its mean 1 Double bed, 1 Single bed. Tapi kecewanya aku bila dah sampai, hanya ada satu katil je, iaitu katil double. Menyirap jugak aku dibuatnya. Tapi takpa, its ok. Kalau ikutkan hati marah sampai besok pon tak habis. Ye tak? Hahahaha!


Okay. Here it is begin. Alang-alang mandi kolam, jangan hanya hulur kaki saja ye dak? Kasi terjun itu kolam biar sampai basah kuyup. Oleh kerana flight yang terlalu bapak awal, so nak breakfast kat rumah pon tak sempat. Breakfast kat airport je lah. And karipap dia sangat tak sedap walaupun harga sebijik karipap sama dengan sejongkong emas. K.


Tadaaa. Selamat datang ke labuan. Tak lama duduk dalam kapal terbang tup tup dah pon sampai. Tapi sumpah aku pening masa dalam flight. Sebelum ni tak pernah naik flight kecik kecik uolsss. Tu yang pening dibuatnya. Takpa pasni selalu la naik flight kecik hehe. Jangan terkezut uols sebab tetiba je gambar labuan airport. Yelah waktu kat boarding hall aku malas dah nak on phone.

Sampai je labuan, belum mati lagi enjin kapal terbang aku terus on phone untuk ambil gambar. Jakun sangat kan? hehe.


Sementara tunggu dorang settlekan bab hotel untuk check out customer lain, aku round-round sikit bandar labuan ni. Tak besar mana bandar dia, macam pekan la. Tapi upgrade sikit dari pekan hihi. Jadi Pak Sanggup bergambar tengah panas.

Serious panas gila cuaca kat sini. Maybe sebab tepi laut kan? Sekarang pon aku dah rasa lain macam. Bangun tidur tadi rasa macam nak demam je. Harap aku stay sihat la. Sebab esok kena mendaftar, pastu nak orientasi lagi. Korang pepaham je la orientasi kat matrik ni macam mana. Based kepada senior2 yang aku tanya, depa kata orientasi kat matrik ni memang tak cukup rehat.

Tu yang aku pesan pada diri sendiri untuk minum banyak air, supaya kekal sihat sampai habis orientasi =)


Pemandangan dari tingkat atas sekali hotel ni. Sinonim dengan nama hotel ni lah. Cantik kan? Waktu ni saja ronda-ronda keliling hotel ni. Tapi malangnya wifi cuma ada kat lobby dan tingkat 3 je. Aku stay kat tingkat 1. Memang tak boleh connect lah jawabnya. Asyik-asyik failed. Geramnya aih =(


Kalau tadi pemandangan ke laut, kali ni pemandangan betul-betul ke bawah hotel ni. Memang sibuk sikit bandar labuan ni kalau waktu tengah hari. Tapi start pukul 6 petang, korang akan jarang nampak kereta dah. Sebab semua kedai-kedai dah tutup. Ada sesetengah kedai je yang masih bukak macam kedai mamak, kedai kain.

Kat sini takde kedai makan yang 24 jam bukak. Bukan macam kat KL hehe. So pandai-pandai lah beli siap-siap kalau nak makan akhir malam. And one more thing, makanan kat sini sangatlah mahal. Nasi campur dengan 3 jenis lauk je kat kedai mamak bawah tu dah RM15. Cekik darah betul.


Lupa nak cakap, daripada Miri sampailah tiba di airport Labuan, benda yang asyik berlegar-legar dalam fikiran aku is COKLAT! Aku ni seorang yang gila akan benda manis. Tak kiralah apa pon. Janji manis. Asalkan bukan makan gula sudah. Kan labuan ni memang sinonim dengan coklatnya yang murah. Sama lah macam Langkawi.

Tapi iols tak pernah lagi pergi langkawi. Labuan pon baru first time. Kalau bukan hajat nak pergi matriks, memang tak pergi ah. Sob sob =(

So nampak tak tu? Sampai je kat hotel, letak luggage dulu pastu terus pergi kedai coklat. Serious memang murah. I iz jakun. Kalau boleh nak je aku rembat semua benda. Dari pagi hingga lah ke malam aku asyik makan coklat je. Tak makan benda lain. Nasi pon tak makan. Sampai satu tahap tu aku dah nak muntah makan coklat haha! Surrender akhirnya.


Malam tadi boring dok hotel, so aku ngan parents pergi ke terminat feri antarabangsa labuan sebelum pergi makan. Gambar tak cantik sangat sebab malam kan? Tambah-tambah lagi aku cuma ambil gambar using Galaxy S3. Malas nak bawa dslr, tinggal je kat rumah.

So yeah. Itu dia serba sedikit cerita aku di labuan. Orang first time kan, mestilah update dalam blog. Kena lah tunjuk sikit kejakunan itu hahaha! Sedikit nasihat dari aku, kalau pergi labuan ni kena banyak minum air supaya badan anda tidak kekurangan air. Walaupun tak dahaga, paksa jugak untuk minum.

Mencegah lebih baik daripada mengubati kan? So, maybe lepas ni dah jarang update blog. Atau mungkin tak update langsung? Hmmm aku pun taktau. Esok dah kena mendaftar, and I'm keep wondering, siapakah bakal teman sebilik ku nanti? hehe kbai =)


7 comments:

Yenn said...

waktu2 macm nie hotel memang mahal(atau sgaja dmahalkan) d sbbkan ramai pelajar2 dri sabah n sarawak yg dtg smpaikn hotel2 yg ada pn penuh,tu yg dorang sengaja naikkn harga, nak untung.. btw, welcome to KML(kolej Matrikulasi Labuan) =)

Nuratika Aziz said...

HOI,hehehe,tika pulak dapat matriks pulau pinang.daftar 26/5..wee,wondering jugak boleh ke roomates nanti tahan dengan perangai gila-gila tika ? -..-

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..fokus pada study ok..lain tempat lain ragamnya..dari situ kita timba banyak pengalaman dan ilmu..yang penting jg diri..jaga ibadat., ingat mak ayah sentiasa..

kasutmerah mama said...

selamat menjalani matriks ye... seronok lah nabeel kat labuan coklatnya murah.. :)

Pretty Honey said...

rinduu nak pi labuan....dulu I study sini ^_^

Iola said...

waaaa,,,macaroons !! suka suka hee..xpenah jejak lagi sabah sarawak..teringin nak posting sna

Santan Manis said...

pergh!!! cuti2 malaysia tu nabel! nice Sabah :D