Thursday, 24 April 2014

Diploma atau Matrikulasi?



Assalamualaikum..


Diploma atau matrikulasi? Soalan yang sukar untuk dijawab. Mungkin lebih sukar daripada soalan addmaths. Hari yang dinantikan oleh semua lepasan SPM 2013 dah pun tiba. Keputusan matrikulasi dan kemasukan ke tingkatan 6 untuk sesi 2014/2015 dah pun keluar harini. Kepada yang dapat matrikulasi, tahniah aku ucapkan. Bagi yang tak dapat, takpe. La tahzan. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk korang.


Credit: halatuju.com


Kepada korang yang dapat matrikulasi, mesti ada antara korang yang tak tau nak terima tawaran tu atau tak. Macam aku sekarang lah. Kemain aku dah semangat nak ambil diploma sebelum ni. Beriya-iya sangat nak masuk U tau? Tapi keputusan aku jadi goyah sikit bila check result intake matriks pagi tadi.



Aku memang nak masuk matriks. Dari zaman sekolah dulu lagi. Kalau aku taknak masuk, buat apa aku beli nombor pin mahal2 ye tak? Tapi bila dengar sedikit suara sumbang oleh orang sekeliling yang cakap matrikulasi ni tak bagus, sijil tak laku dan macam2 lagi, aku jadi macam tak boleh nak kata apa dah.


Memang la aku tau sijil matriks ni tak laku even kalau kita dapat 4Flat pun. And aku sedar, sijil matriks tak boleh buat untuk minta kerja. Tapi yelah, bebudak matriks ni jangan memain. Pandai-pandai semuanya. Aku rasa tergugat pulak nak masuk matriks ni takut nanti tak boleh nak survive hehe. Tapi sebenarnya takda apa pun (demi sedapkan hati sendiri)


Ada je budak sains yang pindah pergi perakaunan boleh survive even dorang takde basic pun. Tu la pasal aku buat post ni. Nak minta pandangan dari korang sikit. Mana tau ada antara korang yang lebih berpengalaman dari aku pasal semua ni.


Paling aku tak suka bila kebanyakan (semua kot) orang aku tanya untuk minta pendapat, dorang mesti kata "Depend kepada kau lah. Yang mana satu kau rasa dapat bawa". Geramnya aku bila dengar jawapan macam ni. Yes aku tau tu. Tapi aku kan minta pendapat, apa salahnya kalau bagi pendapat yang membina sikit? Ayoooo. Manyak pining oh.


Sama ada pendapat korang tu aku terima atau tak, itu terpulanglah kan? Dah nama pun pendapat. Tak semestinya semuanya betul. Pendapat setiap orang lain. So jangan takut nak bagi pendapat eh? Kita tak makan orang haha.


p/s: Harap sangat dapat pendapat yang membina =)




15 comments:

Norhazrina Abdul Hamid said...

salam nabil, pendapat akk, akk memang lg prefer matriks dri diploma. dlu akk matrik setaun trus dgree trus keje ms usia muda. ms akk dah keje org amek diploma masih belum kerja. pstu yg amek dip dah tua2 skit dri akk. dpt gaji sama tp lg muda dri dorg yg amek dip. tp time matriks make sure pulun habis2an. ms degree pun sama. nti keluar uni trus senang dpt keje. org yg susah dpt keje tu sbb main2 dlm pelajaran. tu jek. huhu

permatabiru said...

ambik diploma then sambung degree kalau ada rezeki..diploma boleh guna ijazah pun boleh guna nt..pendapat akk^_^

permatabiru said...

ambik diploma then sambung degree kalau ada rezeki..diploma boleh guna ijazah pun boleh guna nt..pendapat akk^_^

Sharifah Amarina said...

Maaf. Nak bagi pendapat sikit. Lau dapar matrik akaun, better pegi diploma. Lau pointer tak ckup utk smbung degree akaun, nnti awk akn ditawarkn kos lelong. Btter amik diploma. Then, boleh amik degree. In sha allah. Takpe lambat. Jnji sijil diploma laku. Sijil matrik xde apa apa :)

Tashira Sha said...

nombor ic depan kite sama -.- haha. sy pn tengah stress gile dok pkir pasal ni. tapi rasanya nak ambil diploma kot.

husna zahidi said...

bagi kak husna ikut hati nabeel yg mana kuat..hehehe.. sebabnya kalau dah diri kita minat dan nak sangat utk masuk matrik baguslaa.. risau nanti dapat diploma tak leh survive mula nak salahkan diri sendiri.. yakin dgn rezeki yg allah bagi..:)

lagipon masuk memana pon sama je..mcm akak hazrina cakap ambek matrik inshaAllah cepat kerja.. tp sayang sebab tak dak sijil diploma.. akak ambek diploma je sebab tak yakin diri boleh survive dlm matrik..huhuhu..

terpulang pada nabeel.. semoga berjaya..:)

kasutmerah mama said...

Salam nabeel.. kalau ambil matrix boleh cepatkan masa dapat degree. kalau ambik dip then ambik deg take time.. terpulang pada nabeel dalam hati dan fikiran nak pilih lambat or cepat / boleh or tak carry matrix..

semoga berjaya dalam apa jua pilihan nabeel. :) u can do it yang penting usaha.

MissNadia said...

selidik dulu baik buruk antara dua benda ni. kalau rasa boleh bawa matriks so rasanya takde masalah nak amik degree kendian hari.tapi kalau rasa kurang keyakinan baiklah amik diploma sebab kalau terkandas tgh jalan takleh nak patah balik dah

apa-apa pun good luck

Amira Tarmizi said...

Salam..tahniah dapat matrik!! Btw.. dah prepare ke barang2 untuk matrik or asrama lain? Kalau belum visit lah my blog at http://merlipmerlap.blogspot.com/2014/04/persiapan-barang-keperluan-ke.html maybe dapat membantu... heee :D

Norhaizam Mustaffa said...

Salam. Aku baru je habis asasi uitm. Setahun. Now, tengah cuti utk sambung degree. Kelebihan asasi atau matrik ni adalah kita nak singkatkan masa belajar. Aku rasa oke je masuk matrik. Even org cakap sijil tak laku ke apa ke, lantak lah kan. At least kita dah jimatkan kita punya masa belajar. Kalau diploma mungkin lambat sikit. Memang matrik belajar banyak tapi kita kan budak2 pandai mestilah boleh bawa kan. Hahaha. And aku ada kawan yang ambik matrik akaun. Masa spm dia tak belajar acc. Tp sebabkan minat dia, terus terang aku ckp, dari awal sem sampai akhir dia dpt 4 flat beb. Hebat. Bila matrik kita dpt 4flat, satu kelebihan. Dpt mintak biasiswa nanti nak sambung degree. Dan sah2 la dpt sambung degree, dah dpt 4flat kan. Haa. panjang plk. Sorry bro. Ini pendapat aku. Sekian.

Nur Aneesa said...

From my opinion kan dik, Matriks/Foundation and Diploma ada banyak pro and cons nya.

Contoh kalau bg akk

Condition akk : result SPM akk cemerlang, so i have lots of choice but then akk pilih diploma. Why ?

Pro Foundation/ Matriks: Cepat habis.
Cons: Susah, fast track, busy, tak menjurus ke bidang, kita kena belajar semua. Maybe mcm akk, krg minat bio, so this is not a good choice for me.

Pro Diploma: Belajar slow and steady, menjurus ke bidang, lebih memahami bidang yang kita ceburi drpd budak yg amik foundy bila time ijazah nanti. << utk engineers (Y)

Cons Diploma : lambat habis, amik risiko untuk maintain pointer 6 sem.

That's it. Think about it carefully. papepun nanti tak kira mana you pilih, pastikan you all and out okay. Dapatkan GPA 4.00. Beat my result boy!

najihahfara said...

i would say matrik is the best. Perform yang terbaik masa matrik kompem cemerlang dapat kos yang kita nak. diploma ok jugak tapi cuma makan masa sikit. Matrik umur 23 dah ada degree & boleh terus sambung phd before 30 kalau betul2 perfom & nak. Think wisely. terpulang pada diri sendiri. Matrik best!

cik lisa said...

ui! nak bagi pendapat pun rasa segan, sebab usia masih muda, haha. apa-apa pun, buatlah pilihan yang paling baik tau, abang nabil.. goodluck :D kalau rasa susah sangat, boleh minta pertunjuk dari Allah, insya Allah ada jalannya.

Cik Miela said...

I prefer better you choose matriculation. Sebab zaman matrik awesome, hehe. Semoga adik dapat buat pilihan terbaik ye :)

aniesa ahmad said...

sekadar pendapat lebih baik pilih diploma walaupun lambat habis tapi lebih senang. Belajar tak payah terkejar-kejar. lagipun kita kan dituntut untuk belajar kerana Allah bukan kerana nak cepat habis . :)