Sunday, 30 March 2014

[PART 1] Dah balik PLKN guys! Jyeahhh!



Assalamualaikum.


Alhamdulillah finally ada jugak peluang untuk update blog. Kemain lama sangat dah aku tinggalkan dunia blog ni ye. Kali terakhir aku update pada 2 Januari 2014. Nampak tak kat situ dah berkurun lamanya aku tak update blog? Weh come on lah guys. Aku dah kembali ni. Korang tak seronok ke? Lulz


Bagi yang tak tau kemana aku menghilang selama ni, aku bukan menghilang sesuka hati je kot. Aku menghilang disebabkan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Ha ambek kau aku malas nak shortform bagai, terus bagi nama full je hehe.


Yeayyy korang nampak sendiri kan aku telah berjaya menghabiskan PLKN dengan begitu gemilang sekali haha! Dulu kemain akulah manusia yang paling taknak masuk PLKN, memang dari kecik dah aku tanam azam taknak ikut PLKN. Sebab dulu masa kecik aku selalu tengok iklan budak PLKN dok ketuk periuk nyanyi lagu PLKN dalam hutan tu. Memang dah lama dah, maybe masa PLKN ni baru ditubuhkan lagi kot. Sekitar tahun 2004 ke 2005 macam tu lah. Aku masih ingat lagi lulz :p


Tapi you see? Aku tak sangka sekarang aku dah duduk kat rumah dengan kepala botak macam lepasan Juvana je. Tak terasa okeh 3 bulan berada di kem PLKN. Yah, bagi yang tak tau lagi aku terpilih untuk menyertai PLKN di Kem PLKN Similajau Bintulu, Sarawak. So far pengalaman di kem plkn sangat sangat menyeronokkan! Bagi kawan2 yang bakal masuk plkn untuk Kumpulan 2 dan 3, aku nasihatkan korang enjoy je bila masuk plkn nanti. Semuanya best cayaaaalah!


Inilah moment yang aku sempat rakamkan. Moment yang takkan berulang lagi. Moment dimana kitorang semua nak pergi plkn. Aku tengok takde lah sedih mana pun. Semua buat muka cool je masa ni. Ada yang bergelak sakan lagi. Maybe seronok sangat kot. Aku? Macam biasalah buat dek je, buat tak layan orang je membawak ego bersama-sama haha.


Actually, aku ada banyak perkara nak cerita dekat korang. Rasanya kalau satu entry je memang tak cukup. Tapi aku tak tau la kalau aku ni rajin ke tak nak post pasal plkn tiap hari. Macam ni lah senang, aku post mana yang aku ingat je dan bila aku ada masa. Mana yang aku tak ingat tu apa boleh buat, ye dok?


Gambar yang ni masa kitorang semua nak balik ke rumah masing2. Sempat tau ambil gambar walaupun jurulatih dah memekik mekik suruh berbaris untuk ambil sijil. Korang teka lah mana satu aku kat gambar di atas. Amaran kepada korang semua!! Aku tak pendek ok hahaha!


Alright. Thats it, cerita sepintas lalu pasal plkn aku. Aku cuma cerita sikit2 je, nanti kalau rajin aku cerita lagi pasal benda lain. Macam yang aku bagitau korang tadi, aku ada banyak cerita untuk korang. Jangan risau hehe. Sekarang ni mood berblog agak merudum mungkin sebab dah lama tak blogging kan?? So sekarang masih dalam proses menaikkan semangat blogging balik haha.


Thanks for reading !


10 comments:

Hana Jalil said...

Wah wah.. tahniah :D Hana dapat kump 3.. lama lagi wooo..

Anis Farhana said...

walaupun orang cakap PLKN best tapi saya tetap takmau p hehehehe. harap2 takdapat tahun ni >.<


tapi rasa macam dapat sebab kakak abang tak dapat huwaaaaaaaaa T.T

Miss Boo said...

wahhhh... tahniah da abes PLKN.... :)

tiey smilez said...

Finally you can return to your hometown. Congrats :D
Semestinya banyak memori terindah semasa stay kat sane.

mama tweetwin said...
This comment has been removed by the author.
mama tweetwin said...

salam nabeel..welcome back..akak baru mengikuti ur blog.. thanks for good tips dan semestinya resipi yang simple dari nabeel..cepat2 up kan semangat nak blog balik k.. nice to meet u here..

Nabeel Fikree said...

@Hana Jalil hehe tq hana. oh yeke? kump 3 biasanya hujung tahun. lama lagi lek ahhh. hahaha goodluck ye!

Nabeel Fikree said...

@Anis Farhana kite pun mcm tu jugak dulu. memang setengah mati taknak pergi plkn. tapi apa blh buat bila dah dpt surat tawaran tu kan? nanti tak pergi kena masuk penjara pulak. haha. pergi je la.

Nabeel Fikree said...

@tiey smilez tq sis! hehe indeed. banyak memori yg takkan dpt bambil lupakan :')

Nabeel Fikree said...

@mama tweetwin thank u kak. InsyaAllah semangat tu akan hadir jugak nanti. hehe