Wednesday, 24 December 2014

Nothing to say. My current life



Assalamualaikum =)


Tadaaaaa finally I'm updating my blog! Setelah sekian lama tak berblog, well life aku sekarang agak sibuk. Sebab tu aku dah jarang tulis blog. Nak cakap sangat sibuk macam bohong je hahaha. Sebab masih je ada masa nak main 24/7 ponnnn. Sekarang baru ada masa nak update, sebab cuti krismas wokey! Tujuan update ni sekadar nak borak kosong je ngan korang, since takde apa yang menarik happened dalam kehidupan aku sekarang =')

Actually dah lama entry ni dalam draft, and malam ni baru beriya sangat nak update. Sebab utama adalah aku give up buat assignment, so memandangkan cuti baru je nak mula, taknak la stress kan diri sendiri kan.

Roommate pon dok bising cakap "Esok je la kau buat tu, kan kita cuti sekarang ni"

So bila fikir balik, ye tak ye jugak. Apa kejadahnya aku pergi buat diri sendiri stress masa cuti camni. Bangang abadi orang panggil hahaha. So untuk release tekanan yang sedia ada ni, better aku buat benda yang aku suka lah which is blogging!

Rasa macam awkward gila nak menaip sebab taktau apa nak cakap sebenarnya. I'm lack of idea. Kerja pon banyak lagi tak siap, berlambak dan bertimbun kat atas meja. Ni yang buat aku risau dan tidak berketentuan hala ni. Tapi aku masih pilih untuk berblog di saat-saat genting begini. Tapi since tengah cuti, relax lah braderrrrrr hehe :p

Oh ya apa yang aku tau, adik-adik form 3 yang ambil PT3 dah ambil result semalam kan? Apa yang aku boleh cakap ialah tahniah pada yang dapat result cemerlang, terutama yang dapat straight A's sebab aku tau bukan senang nak dapat. Kononnya PT3 ni susah gila nak mampus kan hahaha. Konon la, padahal bila kat U nanti lagi mencabar kot subjek dia.

Propa sangat korang ni tau. Relax sudah, tak payah nak emotional sangat. Siap ada yang bergaduh lagi kat social media pasal PT3. Oh yah, sensasi gituuuu. Manakala yang kurang puas hati dengan result mereka, takpa usaha lagi. Perjalanan korang masih panjang dik, SPM ada lagi *kemain bunyi macam tua sangat

Okay, macam meaningless sangat entry aku kali ni hahaha. Boleh lah dikategorikan sebagai random entry.

Roommate masa di matrik pahang =) kitorang satu kolej sebenarnya haha.

As you can see, gambar kat atas ni masa kursus kat matrik pahang. Masa tu matrik pahang ni sebagai pusat kitorang kursus la, sebab semua matrik hantar wakil seramai 10 orang kot atleast. Memang aku jumpa orang2 yang hebat belaka lah. Muka2 pon dah tau, ni mesti muka 4flat! Hahaha aku memang suka judge orang based on apa yang aku nampak :p

Apa lagi aku nak cakap?

Hahahaha okay fine. Itu saja lah kot. Btw, sekarang dah semester dua. Alhamdulillah result semester satu agak okay, tapi aku akan usaha lagi untuk dapat yang lagi baik semester dua ni. Doakan ya.

Ok bye =)



Thursday, 13 November 2014

Cuti semester yang meaningless



Assalamualaikum. Hola guys =)


Post yang sangat tak dirancang. Actually tengah guling guling atas katil, tetiba hati cakap update blog, maka dengan pantas aku bukak laptop dan terus update blog. Aww sangat dramatik. Tajuk post pon tak berapa nak bermakna sangat and its actually meaningless. Langsung tak membawa erti, tapi aku tetap teruskan jugak nak buat post dek kerana bosan yang amat sangat!

Apa kejadahnya bosan tengah tengah malam 1 pagi macam ni? Haha well itu la memang pelik. Mungkin sebab sleep cycle aku yang tak menentu since semester break ni kot. Buang tabiat bila tiap malam aku tidur around 9pm macam tu and memang akan terjaga around 12am. Pastu ofcourse tak boleh nak lelap balik. Berjaga la sampai pagi hahaha.

Cuti semester. Macam yang aku dah jangkakan, memang dah agak dah it will be bosan tahap minah rempit jatuh dalam parit. Kau tengok. Memang merepek je manjang. Merepek sebab aku boooo boooo bosan la weh. Nasib baik tau cuti semester ni cuma dua minggu, itu pon aku dah bersyukur sangat. Tak sabar la nak mula kuliah balik awww this is so not me!

Tapi serious memang excited nak start semester dua. Memandangkan aku cuma ada dua semester je, so setiap semester itu terlalu berharga bagi diriku. Lepas habis semester dua nanti, lagi la aku taktau nak buat apa. Almost 4 months kot cuti before dapat tawaran sambung study lagi. Mungkin nak balik KL stay ngan mak long, or nak stay kat Sarawak cari kerja. Maybe.

Itu perancangan je. Taktau ah macam mana. Dulu memang, aku seorang yang sangat dahagakan cuti. Especially masa zaman sekolah menengah, sanggup tau buat lakonan terbaik semalaya hanya disebabkan taknak datang sekolah. And selalunya memang berhasil ah lakonan demam aku. Sangat jahil kan aku masa tu? Kahkahkah bila kenang balik, kenapa la aku berperangai sebegitu rupa sewaktu ketika dahulu.

And sekarang rasa terbalik. Rasa nak stay kat kolej for the rest of my life, spent masa ngan roommate ku yang gila, dengan classmate yang tak senonoh tu. Yeah bersyukur sebab dipertemukan dengan manusia yang satu kepala ngan kita. I mean, yang sanggup ketawa dengan lawak bodoh kita walaupun actually tak lawak pon. Ya, itulah sahabat hahaha.

Tarik nafas jap........... Ok, meh sambung.

Atleast kalau kat kolej, aku ada benda nak buat berbanding stay kat rumah ni. Apa je yang aku boleh buat? Tidur, makan, tidur, makan. Repeat. And, aku bukan jenis yang terpacak depan tv. Mungkin sebab tu la jugak aku rasa bosan bila cuti panjang ni.

Dulu ye la suka tengok tv, tapi taktau selari dengan arus peredaran kematangan, aku dah tak suka semua tu. Benda yang aku suka buat sekarang ialah online. Dari pagi sampai ke petang online je manjang. Semenjak cuti bermula 8hb hari tu, kerja aku tak lain tak bukan, guling guling atas katil sambil phone kat tangan. Sangat lifeless!

Sekarang cuti aku berbaki 10 hari lagi. Sangat lama masa ni berlalu, kenapa eh? Hahaha. 23hb nanti balik kolej semula dan akan menjalani kehidupan seorang student seperti sedia kala.

Oh ya, esok ada appointment ngan doktor. Nak kena cek darah. Serious aku cuak weh. Kali terakhir aku kena inject ni masa form 1 kot. Entah kenapa tetiba aku rasa takut pulak ngan jarum ni. Dulu ok je, siap main jarum hari hari. Hahahaha itu tipu. Saja je ni buat lawak yang tak lawak untuk sedapkan hati.

Tengok ah macam mana. Harap takde pape. Ok, thats all. Bye =)


Friday, 31 October 2014

Pengorbanan



Assalamualaikum wbt =)


Pengorbanan. Hari ni macam mengada pulak aku nak bercakap pasal pengorbanan. Ya, semenjak kecik aku bukan 'get' sangat pun dengan pengorbanan ni. Dia macam hidup aku ni aku tak pernah langsung berkorban. Tapi itu yang aku rasa, tipu la kalau tak pernah korban. Contohnya aku rela korbankan masa untuk menonton drama korea such as running man gitu, instead of study.

Tapi secara jujur, tulus, iklas dari sanubari ini, aku bukan peminat drama korea sebenarnya. Apa yang aku cakap kat atas tu contoh belaka, bukan betul. Malah kalau ditanya oleh orang sekeliling, aku mula2 taktau apa tu running man. At first I thought it was cartoon show or something macam cerita tarian gitu. ahhhh aku sangat kuno dalam korean. Maaflah peminat korea semua hahaha =)

Kannn dah kelaut apa yang aku nak bincangkan. Okay mari balik ke pokok pangkal cerita.

Since aku bergelar seorang student ni kan, itu la orang cakap, waktu menjadi seorang student ialah waktu yang kita kena paling banyak berkorban. Tapi bagi aku, aku tak banyak berkorban as a student. Hidup aku biasa2 je, tak pandai dan tak terlampau mangkuk hahaha.

Aku berani cakap la, kalau pasal study ni aku macam pemalas nauzubillah. Entah kenapa, zaman kegemilangan aku cuma waktu sekolah rendah dulu2. Masuk sekolah menengah, time form 1 tu okay lagi, masuk form 2, kelaut. Tapi tak kelaut sangat, still fighting jugak nak dapat top 5 dalam kelas hahaha. Okay fine, ada unsur menunjuk kat situ. Nope, bukan menunjuk, tapi kenyataan ler.

Serious, aku tak pernah study hard. Study smart pon rasanya tidak. Always cool dan stay cool, forever and ever. Study pun ala kadar, kalau waktu sekolah dulu homework seringkali tak siap, kerja aku ambil buku classmate dan meniru di awal pagi. Kalau tak, buat kerja masa subject lain. Masa tu memang berdoa habis-habisan supaya cikgu yang tengah mengajar tak nampak aku tengah buat benda lain. And rasanya, aku berjaya. Tak pernah pon kena tegur hahahaha. Nakal gilosss kan.


Credit to pakcik google


Aku mula sedar erti pengorbanan bila masuk program pre-u ni. Dengan dikelilingi orang2 pandai yang bijak otak naga semuanya, I be like... WHAT? Okay. Aku agak terancam. Budak 4Flat yang confirm muka naik pentas dapat dekan kot.

Disitulah baru kenal erti pengorbanan.

Kena korban masa blogging especially, pastu korbankan masa tidur, korbankan masa online (i dont think so), korbankan masa melepak. Ya, memang semua perlu aku korbankan. Tapi itu pun aku tetap buat jugak. I mean, aku tak korbankan 100% kot. Ada jugak masa curi2 online, kadang2 terlebih pulak sampai berjam-jam dengan handphone. Ahhhh smartphone cukup membunuh dari dalam.

Nak berkorban ni sebenarnya tak susah. Cuma perlu kuat iman je. Yang susahnya nak kuatkan iman tu lah. Memang tak boleh nak tinggal benda yang kita patut korban kadang2.

Sekarang aku tengah menjalani final exam. Tinggal 2 paper lagi, economy ngan account. Dua2 subject killer. And aku tak ulangkaji lagi, rasa macam nak terkeluar bijik mata dok menghadap kertas je siang malam. So ada masa sikit ni update blog la sekali heheh. Nampak tak permainannya kat situ?

Paper yang dah lepas tu aku malas dah nak kenang, even kadang2 tu terkenang jugak. Killer weh dia punya soalan. Tapi takpa, yang berlalu biarkan berlalu. Macam la boleh ulang balik masa tu kan? Sekarang tengah focus dengan dua paper, pastu MUET, pastu balik. Yeayyyy !

Harapan aku, semoga semester dua nanti baik2 je, insyaAllah.


Nah, hidangkan dengan gambar bersama pemain bola sepak negara, Hassan Sani. Time dia bagi talk kat college =)




Tuesday, 21 October 2014

buka lembaran baru



Assalamualaikum wbt! Hai beautiful readers =)


Pertama sekali sebelum aku mulakan sesi luahan perasaan gitu, aku ingin bersyukur sebab akhirnya sampai jugak ulang tahun aku yang ke lapan belas, alhamdulillah. Thanks pada orang sekeliling yang sentiasa support dalam apa yang aku buat, terutama keluarga dan rakan2 seperjuangan, yang selalu ada masa aku jatuh dan bangkit, thankyou eh? Ohmai ni dah macam over pulak dah.

As you can see, sesapa yang perasan, aku dah delete semua blog post aku yang lelama dulu. Yang mana post masa tu kebanyakkan nya tak matang, kalau baca balik boleh buat aku ketawa sesorang. Ya, aku macam tak percaya je aku dah post benda yang mengarut dan mencarut suatu ketika dahulu. Well, masa tu kite baru mula nak up gitu dong. So benda yang remeh temeh semua dok canang kat blog, kasi satu Malaysia baca akan ketidakmatangan daku ini hahaha!

So, atas dasar kematangan menjelang ulang tahun ke lapan belas ini, aku mengambil keputusan untuk delete post2 tersebut. Memang aku tau perkara ni akan menjejaskan trafik blog, tapi inilah keputusan aku. Semua resipi semua tu pun turut terpadam sama hahaha. Biarlah, tak kisah pon. Sekarang tujuan aku nak berblog cuma untuk sharing. Ikut la nak sharing apa pon. Janji aku telah menggunakan peluang yang ada ke arah jalan yang lurus. (so selama ni adakah aku menggunakan jalan yg bengok? haha)

Dengan pencapaian yang aku pernah dapat selama terjebak dalam arena dunia blog ni, aku bangga la jugak dengan diri aku sendiri. Tak berniat nak takbur atau riak eh? Aku bangga ada sebab. Tak salah pon bangga dengan diri sendiri, sometimes. Sebabnya aku tak pernah menjangkakan akan sampai ke tahap macam ni. Walau tak setanding dengan blogger yang memang dah terkenal tu, tapi rasa puas bila dapat capai apa yang kita tak sangka.

Pencapaian pertama masa blog aku pernah featured dalam majalah remaja dua tahun lepas, iaitu tahun 2012.

 
Ya, ini cukup diluar jangkaan. Walau isi kandungan blog aku pada masa tu ntah pape, tapi terpilih jugak untuk featured dalam magazine. Pada aku masa tu tak masuk akal, tapi bila dah rezeki tu, memang akan dapat la jugak kan =)

Lepas tu, tahun 2014 pulak, aku dikejutkan lagi dengan satu tragedi. Ceyyy dramatik sangat. Masa tu aku tengah menjalani kem plkn, dan aku ditemu ramah oleh seorang wartawan dari suratkhabar berita harian untuk masukkan blog aku dalam segmen blogger dorang. Ya, aku cukup terkejut sebab aku dah lama kot tak update blog, tinggalkan gitu je, tetiba ada wartawan interview. Mana tak berdegup kencang hati ini keriangan =)

Thats it. Terpampang satu page khas untuk blog aku saja. Rasa macam omaigad betul ke ni? Hahahaha tak pernah jangka okay nak masuk news ke hape.

So bila dah masuk news ni, aku ingat lagi masa ambil result spm. Tiba2 ada seorang bekas cikgu matematik aku masa tingkatan dua menyapa "Amboiiii ada blogger resipi masakan famous lah". Masa tu apa yang aku boleh buat adalah tersipu malu je. Tak boleh buat apa dah hahaha.

Yang tu pencapian pasal media, setakat ni takde lagi la mana2 radio ke tv yang interview hahaha. Harap takde la sebab makin banyak keluar media ni makin banyak rintangan dan halangan yang perlu aku lalui. Aku bukan jenis yang tahan telinga, nanti orang bash sikit aku dah jadi tak berketentuan arah, nanti meroyan susah gak tahu?

Lain kisah pulak pencapaian pasal pendapatan, aku rasa yang ni kena ada privacy sikit hehe. Nak kata total earning yang aku pernah dapat sepanjang berblog ni, bersyukur jugak la dapat jugak tampung bil eletrik yang telah aku korbankan, bil broadband dan boleh jugak buat duit poket buat beli gegula getah. Banyak sangat tu tak lah, tapi bersyukur la seadanya. Yang penting tak pernah terfikir nak dapat capai tahap tu.

Pastu nak cerita lagi pahit manis sepanjang berblog, ya semua orang ada kenangan pahit dan manis, tapi kenangan pahit dan manis aku ofcourse lain dari orang lain. Kenangan manis, macam yang aku cakap kat atas, berpeluang masuk media dan dapat income. Pengalaman pahit pulak, bila pernah diejek sebagai seorang blogger.

Ni macam perkara biasa la, bila ada kawan2 sekelas atau kawan sekerja yang mulut macam longkang tu, yang sentiasa cemburu dengan pencapaian orang lain, dorang buatla gossip2 hangat sebar satu kelas atau pejabat. Actually aku banyak terbaca kisah camni, tak kira la student ke pekerja. Aku rasa, ini memang dugaan yang mesti dilalui oleh seorang yang bernama blogger, kot? Who cares kan. Janji kita bahagia dengan apa yang kita ada.

At first, tipu la kalau rasa macam tak kecik hati. Tapi lama kelamaan, kita sendiri boleh terima. And dorang pon akan berhenti jugak, suatu masa. Sebab dorang tau, takde faedah pon nak mengejek orang yang dah lali dengan ejekan ni. Hahaha. Tapi satu benda yang korang kena ingat kalau korang pon menghadapi benda yang sama, iaitu akan ada orang yang sentiasa menyokong korang dalam apa jugak yang korang buat.

Terutama family, dan bestfriend korang. Jangan la jadikan benda tu benda besar, make it simple. Sebab apa, haters gonna hate. Kan? hahaha. Apa yang penting, korang puas dan enjoy dengan apa yang korang buat. Sebabnya kemana korang pergi pon, tetap ada orang macam ni. Jangan hairanla, lumrah hidup. Nak buat lagu mana, ye dak?

So, the moral value is, nak capai sesuatu benda tu bukan mudah, even benda tu nampak kecik je sekecik bijik cili, tapi nak capai tu kena ada effort yang berganda2 lah. Korang pon faham kan apa maksud aku hahaha. Kenapa aku rasa macam tengah menulis karangan bahasa melayu spm je ni? Opssss hahaha!

Okay dah la, aku dah penat nak menaip haha. Memandangkan post aku dah delete, so agaknya aku punya silent readers dah lari entah ke mana. Kembali lah kepadaku korang oi hahaha. Kita jumpa di next entry, assalamualaikum =)



Monday, 20 October 2014

happy birthday to me!



Assalamualaikum wbt ! Hai korang =)


Nampak post title tu macam nak mintak penampo. Macam publisiti murahan sangat hahaha! Yeay finally sampai jugak birthdate yang dinanti-nantikan. I've been waiting for this moment for a long long time. And now, I'm officially 18 years old! Dah boleh dah masuk panggung wayang tanpa rasa cuak atau ragu-ragu hehehe :p Just kidding!

Tapi kali ni rasa macam berbeza sangat sebab sambut birthday tanpa keluarga di sisi. Yelah budak perantau kan? Kalau dulu even stay dekat hostel, tapi mak ayah boleh jugak jenguk hantarkan makanan kegemaran pergi sekolah. Ingat lagi masa nak spm, time tu terliur sangat nak makan nasi ayam penyet, sanggup mak ayah hantar pergi sekolah makan dalam kereta :') kenangan terindah gitu.

Apa yang lainnya kali ni? Kali ni agak berbeza sebab keluarga tak boleh jenguk dan datang pergi sini. Kena naik flight baru boleh sampai, kalau tak, memang takleh ah. Or kena berenang menyeberangi laut china selatan baru boleh sampai. Okay itu gurauan sinis saja :p

Rasa macam birthday kali ni special sikit, walaupun takde lah party sakan, balloon sana sini, lilin sana sini, tapi rasa dah cukup bila dapat bergembira dengan kawan-kawan pada birthday sendiri. Itu sudah cukup aku rasa. Tak perlu nak over sangat, sesungguhnya aku bukanlah seorang artis mahupun diva hahaha.

And yes! muka tu sangat over excited hahahaha lols


Yang sebelah menyebelah aku tu adalah classmate. Tapi yang belah kanan nampak over pulak excited nya. Nak kena lesing agaknya :'D

Cukupla sekadar memotong kek dan makan ramai-ramai. Kami celebrate dekat gerai burger which is also known as kafe seri merinding. Kafe ni bukak malam2 je. Sesungguhnya kafe perempuan hanya untuk perempuan saja waktu malam, begitu jugak dengan kafe lelaki. Takut berdating agaknya. Sebab tu peraturan di gubal sebegitu rupa hahaha.

Kafe ni je yang dapat campur laki pompuan waktu malam. Who cares? Janji dapat celebrate birthday aku sudah memadai :p

Sambil2 makan cake, makan burger, makan keropok. Borak-borak, ketawa sampai nak terburai perut. Aku ni suka buat orang ketawa. Tapi, most of the time, bila aku buat lawak, aku sendiri yang ketawa over dari orang lain. Nak bukti? Nah gambar bawah ni bukti :p


Sesungguhnya ini betul2 candid :D


Tak ingat dah apa yang kitorang borakkan masa ni, yang penting ianya lawak. Okay? (tapi sometimes benda tak lawak pun boleh buat aku ketawa. Over tul la)

Sebenarnya birthday aku jatuh pada 21 Oktober. Tapi dek kerana final exam dah dekat, so celebrate la awal. Lambat beberapa hari je pon, sama je. To those yang dah wish birthday aku tu, thank you so much. Boleh wish as "becoming" birthday la buat masa ni hehehe.

Okay, sekian saja. Jangan lupa my present k dear followers :p


Friday, 25 July 2014

Tips jadi kurus? Kau serious? Kelakar la



Assalamualaikum. Hi korang,


Ceyyyy I'm back! Lamanya tak update blog. Since last post aku pada bulan Mei lepas, lepas, lepas. Berapa kali lepas aku nak mention daaaa. Kahkah, lama sangat tau. Macam useless pon ada, macam baik takyah ada blog je aku rasa. But, tak boleh gituuu. Dah lumrahnya hobi aku menulis kan, so kena la teruskan jugak perjuangan menulis ni. Ceyyyy. Perjuangan sangat. Hahaha.

Hmm, nak menulis pon dah tak pandai lagi. Dulu kemain fasih je nak menulis blog, 2 minit dah siap lima perenggan. Ceyyyy nampak beno nipunye. Tak ah, sejujurnya aku cakap, bila dah lama tak menulis ni rasa cam lain je.

K, since ramai yang buat permintaan untuk aku buat post pasal kurus-kurus ni, jadi memandangkan aku ada masa hari ni, maka aku dengan seikhlas hatinya buat la sebijik post untuk korang. Dari zaman sekolah, zaman plkn, zaman kerja part time, dan zaman matrikulasi, orang dok tanya soalan yang sama. Takde kerja kot dorang ni nak tanya soalan yang sama. HAHA


Gigih tau aku korek gambar ni dalam folder laptop. Nasib baik jumpe HAHAHA


K, fine. Malu seribu kali malu nak bubuh gambar sendiri. Tapi apa boleh buat kan, sebagai bukti yang kukuh. Ceyyy mengadanya. Sebenarnya, aku dulu taklah gemuk sangat. Tapi taktau napa, bila orang nampak je gambar kat atas ni dorang terus beriya mintak tips. Sampai merayu-rayu kau! Cehhh over pulak aku.

Nak jujur lagi, aku nak cakap, dulu berat aku 90KG. Jangan ketawakan please! And paling latest, sekarang berat aku 60KG. Alhamdulillah hampir 30KG jugak aku berjaya halau dari hidup aku. And sekarang, hidupku bahagia. Ceyyy kemain bahagia lah sangat. Lari topik nampakkkk. Hahahaha.


Ni gambar tahun 2012 punya. Alangkah sihatnya aku masa ni. Ular pun takut nak telan. Besar sangat. Nanti tersekat pulak kat leher masa menelan. Ok, itu gurauan semata. HAHAHA


Dan ini pulak gambar tahun 2013. Ceyyyy acah-acah model tak menjadi. Aku cari gambar lain yang ambik dari side tepi takde, ini je yang ada.


Ok, sudah. Taknak lagi show gambar. Ramai yang tanya, apa yang aku buat sampai boleh "kurus lah sangat" macam ni. Dan apa yang aku jawab, entahlah. Hahahaha bukan kedekut ilmu tau. Tapi memang betul aku taktau apa yang bagi berat badan aku turun. Nak cakap aku ni workout pergi gym hari-hari, tak jugak. Sebab pergi gym pun tak pernah! HAHAHA

Actually takde cara khas ye. Ini cuma mengikut pengalaman aku, dan tak semestinya sihat dari sudut sains. So marilah baca.

1. Aku mulakan dengan tak makan nasi, lepas tu slow-slow tak makan lauk. Abis tu apa yang aku makan? Makan batu? Hahaha tak lah. Makanan harian aku ganti dengan buah dan yogurt. Aku buat macam ni ada la dalam masa satu bulan.
2. Kedua, tiap-tiap petang aku luangkan masa dengan jogging. Jogging keliling kawasan perumahan. Tapi aku jogging dalam keadaan ketakutan tau. Rasa tak selamat je. Sebab banyak beno anjing kat sini. Nasib baik tak pernah kena kejar anjing. Sebab kalau nampak anjing, awal-awal dah aku lari jauh-jauh. HAHAHA
3. Lepas tu, kalau aku dah ketagih sangat nak makan nasi, aku makan waktu pagi je. Tengahari dan malam, tak makan nasi lagi. Tapi bukan tiap hari lah.
4. Tak minum air manis, sebaliknya minum air suam. Ya, ini memang betul. Memang bunyi macam menyeramkan je bagi penggemar air manis. Tapi serious, inilah yang aku gunakan. Tapi sekarang, aku lantak je. Minum air cola pun satu botol besar aku boleh habiskan dalam sekelip mata.

Aku rasa itu je kot. Yang paling penting, kena la exercise jugak sometimes. Jangan la duduk tidur makan je kat rumah. Memang takkan jadi ah. Ok? Hahaha. Paling penting jugak, azam tu kena ada. Sebelum ni kan, pernah jugak beberapa kali tanam azam nak turunkan berat. Tapi kecundang di tengah jalan. Azam hangat-hangat taik kucing orang cakap.

Paling tak best, bila nampak makanan sedap depan mata, uishhh dugaan paling besar aku rasa. Okay, itu je la. Taktau nak kata apa lagi dah. Kbai =)




Thursday, 29 May 2014

Pengalaman Minggu Orientasi di Kolej Matrikulasi Labuan



Assalamualaikum.


Tak tau nak mula dari mana. Terlampau banyak idea sebenarnya nak diluahkan. Ok la, jujur aku katakan, aku teramatlah malas nak menaip sekarang ni. Tambah2 lagi nak menaip benda yang sebegitu panjang berjela-jela. Mak aih. Nak arwah rasanya hahaha.

Kalau korang masih tak tau, aku sekarang merupakan pelajar perakaunan di Kolej Matrikulasi Labuan. Cewah detailnya. Macam la orang nak tau kan? haha whatever. Aku bersyukur sebab dicampakkan ke dalam KML ni. Okay, lepas ni aku akan mention Kolej Matrikulasi Labuan ni as KML je lah ek? Jenuh oi nak sebut nama panjang dia. Setahun tak habis.

Walaupun KML ni sebenarnya pilihan ketiga aku masa isi borang matriks, tapi aku tetap rasa bertuah sebab terpilih masuk matriks. Sebab tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Mana yang dapat tu, terima je la seadanya heheh.

Walaupun pada mulanya memang susah nak buat keputusan, antara nak masuk ke tidak, sampai tak boleh tidur aku memikirkannya. Sampai ke tahap tu. Imagine je lah. Teruk betul bunyinya haha. Okay, entry kali ni aku nak menceritakan serba sedikit pengalaman aku sepanjang minggu MPPB di KML ni.

Oh ya, di KML ni sangat banyak menggunakan singkatan. So, MPPB bermaksud Minggu Pengurusan Pelajar Baharu or lebih senang nak faham, Minggu Orientasi. Ha, nanti pepaham lah ye bila aku tulis MPPB je. Panjang sangat nak taip.

Entry ni jugak aku taip khas buat rujukan adik2 di luar sana yang bakal mengikut jejak langkah abang NF ni hehe. Macam aku jugak la, sebelum masuk matriks dulu kemain siang malam aku dok search menonggeng kat google pasal matriks. Sebab tu aku tak terkejut sangat bila dah masuk matriks sebab dah tau selok-belok jalan ceritanya hahaha. Pandai tak?


: HARI PENDAFTARAN :

Sebelum tu, nampaknya aku terpaksa 'compress' semua cerita sepanjang minggu MPPB ni dalam satu entry. So, aku akan pendekkan sedaya upaya aku la ye.

First of all, cerita aku bermula di sini. Ok, aku tak kenal dorang kat atas ni secara spesifik. Yang aku tau, yang sebelah kiri sekali tu ialah lecturer. Itu je. Lecturer subject apa aku tak tau. Dan, yang lain tu aku tak kenal lagi hehe. Ala baru je seminggu kan. Mana lah nak kenal?

Gambar ni diambil dekat airport pada hari pendaftaran (18/5/2014). Aku tak tau kisahnya secara tepat, sebab masa ni aku dah pun mendaftar di KML. Aku datang lebih awal iaitu pada (16/5/2014), so takde la yang datang jemput kitorang kat airport sobs sobs. Kitorang dijemput oleh pakcik teksi je dan terus hantar depan hotel =)


Ha tengok tu bas KML dah pun terpacak kat depan airport. Semangat ko joo! Aku tak pernah lagi rasa naik bas ni. Oh ya, pertama kali jejak kaki kat airport labuan ni aku rasa jakun sebab ada banyak fastfood restaurant macam mac donald, big apple, old town dan macam2 lagi. Walaupun suasana kat airport ni teramatlah sunyi =)

Masa nak balik cuti seminggu ni, aku sempat jugak menjelajah seluruh airport ni. Sempat jugak breakfast kat mcd dan lunch dekat old town hehe.


Ok. Dorang kat atas ni lain pulak kisahnya. Ofcourse aku kenal sangat-sangat dorang haha! Siapa tak kenal abang-abang dan kakak-kakak facilitator yang suka sangat buli kitorang sepanjang minggu MPPB ni? Aloloo takde la. Gurau je.

Orite, sementara para pensyarah menjemput tetamu di airport, dorang akak dan abang faci ni pulak menjemput para pelajar baru di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Muka dorang nampak bersemangat je kan nak menerima adik-adik baru dorang yang nakal ni haha.


Gambar ni masa mak ayah kitorang diberi taklimat waris oleh para YB kat kolej ni. Tu je yang aku tau.



: HARI PERTAMA :

Nampak tak kesungguhan abang dan kakak faci kat atas tu? Hmmm serious rindunya dengan dorang. Walaupun asyik kena marah, tapi rasa best pulak kena marah. Waktu ni kitorang tengah masuk dalam kumpulan orientasi masing-masing. Kat sini dipanggil sebagai LDK. Sumpah sampai sekarang aku tak tau LDK stands for what. Hmm.


Oh yeah. Kita dah sampai ke kemuncaknya. Petang pada hari pertama MPPB terus diarahkan guna baju kokurikulum. Aku dah agak dah senamrobik ni haha. Well, so far kelakar la jugak masa senamrobik ni. Dengan aksi yang terlampau nak arwah. Nokharommmm tau aku nak buat. Berdiri je lah kat situ.

Bila ada step yang senang-senang je aku ikut. Macam step angkat tangan ke, goyang kaki ke, aku ikut la. Kalau over sampai gelek punggung 360 darjah tu jangan harap la aku nak ikut. Sebab semua aksi kitorang waktu ni dirakam sebenarnya. Nanti tak pasal-pasal aku famous sebab kena tayang masa majlis penutupan MPPB =')

Sampai satu tahap tu ada akak faci marah kat sekumpulan budak kat belakang aku sebab tak ikut step yang ditunjuk. Lawak gila bila pelajar tu acah-acah pulak dengan akak faci tu sambil bawa joget sama. Sakit perut aku ketawa hahaha.


Tadi tak nampak jelas sebab dari jauh je kan? Ha ni kasi nampak sikit. Perempuan sangat sporting sebab dorang ikut je semua step hahaha. Ada pulak yang muka masam semacam macam tengah makan limau nipis je.

Buat rilek suda. Tak payah ler nak serious sangat. Macam tagline KML kata, "Ko cool sajaaaaa!"


: HARI KEDUA :


Hari kedua kitorang diceriakan lagi dengan demo silat gayung kat atas pentas. Dorang ni dari Silat Seni Gayung dari mana entah, datang buat promosi pergi kolej. Tu yang siap buat demo tu. Serious dahsyat. Kesian abang faci dia buat macam getah. Suka hati dia tarik je hahaha.


And then, ni pulak masa program Forum yang dijayakan oleh Alumni KML. Forum ni dibuat untuk menaikkan semangat semua pelajar matrikulasi ni lah. Dorang jemput mana-mana alumni yang dah berjaya sekarang, atau yang tengah sambung degree sekarang.

Abang yang tengah bercakap kat atas tu sekarang engineer dekat Petronas tau. Huuu terkedu aku bila dia bagitau first semester dulu dia terus dapat 4Flat. Oh ya, dia ni merupakan batch pertama bagi KML dulu. So, dia cerita la pengalaman dia waktu mula-mula matrik ni ditubuhkan dulu =)

Macam-macam cerita yang dia share yang boleh inspired sesiapa yang mendengarnya.


Panel jemputan bukan saja dari orang luar, para faci pun jadi panel sekali. Lecturer pun ada. Sebab dorang semua ni pernah study dekat KML suatu ketika dahulu. Best je dengar dorang ni bercakap. Faci lelaki yang kat atas tu ialah ketua faci kitorang. Abang Alwin namanya. Agak garang jugak kekadang hahaha.


Orang Sabah selalu cakap, paling manang! Hahaha dia ni lah panel paling manang, paling lawak, paling sporting dan paling menceriakan. Nama diberi Sir Byron. Dia pensyarah dekat KML ni. Pensyarah bagi subjek apa aku dah lupa. Tapi yang pasti dia ni graduated dari luar negara wohhh. Walaubagaimanapun, yang bestnya accent sabah dia tu masih melekat hehe.

Aku suka dengar bahasa Sabah. Sebab tu jugak aku berasa beruntung dapat masuk KML. Banyak Sabahan kat sini =')


: PENUTUPAN MPPB :


Tadaaa! Dah nak habis dah.. Masa ni waktu Majlis Penutupan MPPB. Memang semua orang happy gila masa ni sebab esoknya dah nak balik. Masa ni kitorang tengah melafazkan ikrar yang diketuai oleh Bryan Kennedy. Untung tu. Insan terpilih. Hmmm I iz jealous =/

Btw, ikrar paling panjang pernah aku baca is ikrar dekat KML ni lah. Sumpah panjang. Ambil masa 10 minit jugak nak baca. Sampai terbatuk-batuk aku membacanya huksss sedih.


Mengakhiri entry aku kali ni, sedikit wajah dorang yang tumpas dalam pertunjukan video masa pendaftaran. Huhu. Dorang faci ni pandai tau, dorang buat slideshow mak ayah kitorang masa pendaftaran diiringi dengan muzik yang mendayu-dayu. Dorang menangis ni mungkin masa lagu Ayah & Ibu.


*******************


Okay lah. Nampaknya makin hujung makin hilang semangat nak menaip. Semakin pudar idea dalam otak ni haha. Penatnya menaip. So far bagi aku, pengalaman MPPB orientasi ni sangat best! Sumpah korang takkan lupa sampai bebila. Walaupun rasa terseksa kadang-kadang, tapi tu normal la.

Ada jugak yang hilang sabar masa kena denda tu. Lawak la dengar dorang perempuan ni berleter kat belakang haha. Okay dah boring dah. Itu saje aku nak update. Kbai =)



Saturday, 17 May 2014

My very first visit to Labuan



Assalamualaikum.


Lamanya tak update blog. Lately dua tiga minggu ni sibuk sikit buat persiapan untuk mendaftar di matrikulasi labuan. Sekarang ni pon aku update blog live dari labuan okeh! Sebenarnya tarikh mendaftar ialah 18 Mei nanti. Tapi oleh kerana aku ni seorang yang suka buat keputusan last minute untuk masuk matriks, so terpaksa la pergi awal sikit sebab flight untuk 17 & 18 dah habis beb!

Gelabah jugak aku dibuatnya. Siapa tak gelabah? Dah lah hotel kat sini susah nak cari. Nak kata hotel kat sini sikit, tak jugak sebab masa baru sampai semalam aku ngan parents dok ronda asyik-asyik jumpa hotel. Hotel dimana aku menetap sekarang ni pon sebab terpaksa. Kemain beribu hotel aku call, satu je sangkut.

Tapi aku tak suka servis hotel ni. Maybe aku tak perlu mention nama hotel. Tapi banyak benda yang aku tak puas hati. Tak berbaloi langsung aku rasa dengan harga yang depa bagi. Sakitnya hati ni. Dengan receptionist-nya yang tak mesra langsung! Parents aku nak borak pon dia sambil lewa je layan. Macam nak taknak je bukak mulut.

Pastu masa order via call, dorang kata bilik ni muat untuk 3 orang. Its mean 1 Double bed, 1 Single bed. Tapi kecewanya aku bila dah sampai, hanya ada satu katil je, iaitu katil double. Menyirap jugak aku dibuatnya. Tapi takpa, its ok. Kalau ikutkan hati marah sampai besok pon tak habis. Ye tak? Hahahaha!


Okay. Here it is begin. Alang-alang mandi kolam, jangan hanya hulur kaki saja ye dak? Kasi terjun itu kolam biar sampai basah kuyup. Oleh kerana flight yang terlalu bapak awal, so nak breakfast kat rumah pon tak sempat. Breakfast kat airport je lah. And karipap dia sangat tak sedap walaupun harga sebijik karipap sama dengan sejongkong emas. K.


Tadaaa. Selamat datang ke labuan. Tak lama duduk dalam kapal terbang tup tup dah pon sampai. Tapi sumpah aku pening masa dalam flight. Sebelum ni tak pernah naik flight kecik kecik uolsss. Tu yang pening dibuatnya. Takpa pasni selalu la naik flight kecik hehe. Jangan terkezut uols sebab tetiba je gambar labuan airport. Yelah waktu kat boarding hall aku malas dah nak on phone.

Sampai je labuan, belum mati lagi enjin kapal terbang aku terus on phone untuk ambil gambar. Jakun sangat kan? hehe.


Sementara tunggu dorang settlekan bab hotel untuk check out customer lain, aku round-round sikit bandar labuan ni. Tak besar mana bandar dia, macam pekan la. Tapi upgrade sikit dari pekan hihi. Jadi Pak Sanggup bergambar tengah panas.

Serious panas gila cuaca kat sini. Maybe sebab tepi laut kan? Sekarang pon aku dah rasa lain macam. Bangun tidur tadi rasa macam nak demam je. Harap aku stay sihat la. Sebab esok kena mendaftar, pastu nak orientasi lagi. Korang pepaham je la orientasi kat matrik ni macam mana. Based kepada senior2 yang aku tanya, depa kata orientasi kat matrik ni memang tak cukup rehat.

Tu yang aku pesan pada diri sendiri untuk minum banyak air, supaya kekal sihat sampai habis orientasi =)


Pemandangan dari tingkat atas sekali hotel ni. Sinonim dengan nama hotel ni lah. Cantik kan? Waktu ni saja ronda-ronda keliling hotel ni. Tapi malangnya wifi cuma ada kat lobby dan tingkat 3 je. Aku stay kat tingkat 1. Memang tak boleh connect lah jawabnya. Asyik-asyik failed. Geramnya aih =(


Kalau tadi pemandangan ke laut, kali ni pemandangan betul-betul ke bawah hotel ni. Memang sibuk sikit bandar labuan ni kalau waktu tengah hari. Tapi start pukul 6 petang, korang akan jarang nampak kereta dah. Sebab semua kedai-kedai dah tutup. Ada sesetengah kedai je yang masih bukak macam kedai mamak, kedai kain.

Kat sini takde kedai makan yang 24 jam bukak. Bukan macam kat KL hehe. So pandai-pandai lah beli siap-siap kalau nak makan akhir malam. And one more thing, makanan kat sini sangatlah mahal. Nasi campur dengan 3 jenis lauk je kat kedai mamak bawah tu dah RM15. Cekik darah betul.


Lupa nak cakap, daripada Miri sampailah tiba di airport Labuan, benda yang asyik berlegar-legar dalam fikiran aku is COKLAT! Aku ni seorang yang gila akan benda manis. Tak kiralah apa pon. Janji manis. Asalkan bukan makan gula sudah. Kan labuan ni memang sinonim dengan coklatnya yang murah. Sama lah macam Langkawi.

Tapi iols tak pernah lagi pergi langkawi. Labuan pon baru first time. Kalau bukan hajat nak pergi matriks, memang tak pergi ah. Sob sob =(

So nampak tak tu? Sampai je kat hotel, letak luggage dulu pastu terus pergi kedai coklat. Serious memang murah. I iz jakun. Kalau boleh nak je aku rembat semua benda. Dari pagi hingga lah ke malam aku asyik makan coklat je. Tak makan benda lain. Nasi pon tak makan. Sampai satu tahap tu aku dah nak muntah makan coklat haha! Surrender akhirnya.


Malam tadi boring dok hotel, so aku ngan parents pergi ke terminat feri antarabangsa labuan sebelum pergi makan. Gambar tak cantik sangat sebab malam kan? Tambah-tambah lagi aku cuma ambil gambar using Galaxy S3. Malas nak bawa dslr, tinggal je kat rumah.

So yeah. Itu dia serba sedikit cerita aku di labuan. Orang first time kan, mestilah update dalam blog. Kena lah tunjuk sikit kejakunan itu hahaha! Sedikit nasihat dari aku, kalau pergi labuan ni kena banyak minum air supaya badan anda tidak kekurangan air. Walaupun tak dahaga, paksa jugak untuk minum.

Mencegah lebih baik daripada mengubati kan? So, maybe lepas ni dah jarang update blog. Atau mungkin tak update langsung? Hmmm aku pun taktau. Esok dah kena mendaftar, and I'm keep wondering, siapakah bakal teman sebilik ku nanti? hehe kbai =)


Thursday, 1 May 2014

Pengalaman di PLKN



Assalamualaikum.


Aku sebenarnya dah malas nak cerita pasal ni. Sebab dah lama berlalu kan? Orang dulu-dulu selalu kata, perkara yang lepas usah dikenang. Tapi den totap nak ngonang ni haa. Ha kau ambik budak Sarawak speaking minang. Well, ayah iols orang minang. Setakat nak cakap ayam den lapeh tu tau la den sikek-sikek hihi.

Post ni abang tujukan khas buat adik-adik diluar sana yang bakal terpilih untuk menjalani kem latihan tentera yang sangat menyeksakan ini sampai membuatkan adik-adik menangis air mata darah wokeh. Haha takde lah, abang tipu je (rasa diri tua) sokojap. Karang tak pasal-pasal aku kena saman buat spekulasi tak menentu dalam blog pasal plkn. Wuuu seram tau!

Maybe dah hampir dua bulan aku meninggalkan kem plkn. Tapi rasa macam baru je semalam berpisah dengan kawan-kawan tau. Best gila ok plkn. Sangat tak rugi jikalau terpilih. Aku dulu bagai nak gila bila dapat tau terpilih untuk masuk plkn. Serious talk, aku rasa nak terkucil je masa check result pemilihan plkn tu.

Aku memang bermati-matian takmau masuk plkn. Rasa macam nak lari pergi Bangladesh je aku masa tu. Hampir sebulan jugak kot aku tak boleh tidur fikir pasal plkn. Sampai ke tahap macam tu kau bayangkan lah. Dahsyat tak dahsyat? Btw, entry ni bukan berniat nak takutkan korang tau. Tapi nak bagi korang semangat sebenarnya, macam mana aku boleh rindu plkn sedangkan dulu sanggup bunuh diri taknak masuk plkn.

Okay, memandangkan dekat kem aku tak boleh nak pegang kamera, so aku tak dapat nak capture all the moments. Aku pun bengang jugak mula-mula tu masa nak daftar sebab kamera jadi barang rampasan. Gambar yang ada pun gambar dari kamera cikgu kitorang. Yelah kau tau-tau je lah, bila kamera cikgu ni, ofcourse lah dia akan ambil gambar semua orang.

And nasib baiklah mata aku ni dianugerahkan jenis yang cepat je spot camera, so kira beruntunglah jugak sebab boleh dikatakan gambar aku banyak jugak dalam cd-rom yang jurulatih kitorang jual. Jual wokeh. Bukan bagi. Tapi cuma RM3. Berbaloi lah jugak untuk pengalaman yang aku lalui.


Cuba cari yang mana satu aku kat situ? Hehe ofcourse lah yang paling buat muka menyampah kat situ. Menyampah bukan sebab aktiviti, tapi sebab setiap apa yang kitorang nak buat, kena lapor kekuatan dulu. Pastu tak boleh gerak. Aku memang tak selesa gila bab peraturan tak boleh bergerak ni. Ingat aku ni patung ke ah?

Masa ni kitorang kena lapor kekuatan dulu sebelum memulakan karnival sukan. Btw, aku tak join mana-mana sukan sebab aku pun tak tau bila diorang buat pemilihan. Serious aku tak tau. Tapi bagus jugak la. Selalunya kalau time sukan ni, kitorang balik dorm pukul 6 petang. Pastu dah kena pergi surau pukul 6:30 petang. Bayangkanlah betapa gilanya peraturan masa kat sana?

Oh ya, mesti korang nak tau apa yang aku buat masa orang lain tengah bersukan? Hehe banyak benda aku buat sebenarnya. Kadang2 kalau masa kompeni aku bertanding, aku lah penyokong paling setia. Mengerah tenaga menjerit macam orang gila bagi semangat. Tapi berbaloi, sebab alpha sentiasa pegang nombor 1 dan 2 dalam sukan. Saya suka! Saya suka! Haha

Kadang-kadang kalau masa kompeni lain yang main, aku akan cari port sesuai macam tepi jalan ke, dekat mana-mana ruang kosong, bawak geng pergi borak sakan. Sangatlah best borak sampai tak sedar matahari dah tenggelam. Bila ada pengumuman suruh balik dorm untuk pelatih muslim, aku pun merungut sebab tak puas lagi nak mencarut haha.


A day before menembak, kitorang diberi kursus dulu oleh abang dan kakak askar yang dijemput khas entah dari mana. Kira macam bila kau datang kursus tu, kau dah ada lesen lah untuk pergi menembak. Mula-mula aku bukan main seronok gila nak pergi menembak. Tapi bila dah dekat lapang sasar, kau tengoklah tu. Sampai pejam mata kemain berzikir agaknya minta-minta dijauhkan bala masa menembak hihi.

Agak lawak lah jugak, sebab masa ni kau takde masa nak berlenggang macam mak minah beli sayur kat pekan, semuanya kena berlari. Nampak tak ada bumbung putih kat belakang tu? Ha kat situ ruang menunggu untuk semua orang yang nak menembak. Yang kat depan ni pulak, untuk yang dah bersedia pergi menembak.

Turn untuk pergi menembak ni bukan sebarangan tau, dia siap ada list untuk nama korang lagi. Sebab nak kena bagi markah kan? Dalam berpuluh baris turn menembak, alhamdulillah aku dapat baris kedua. Dipanggil sebagai "Detail 2, Target 4". Maksudnya aku baris kedua, target menembak nombor 4. Masa plkn ni jugak kita kena belajar bermain dengan kod. Cewah kau, macam misi spy pulak.

Dan jugak, oleh kerana jumlah pelatih yang ramai, maka tak dapat nak buat sekaligus. Untuk menembak ni ambil masa dua hari jugak la. Aku terpilih untuk hari yang pertama. Gembiranya sebab bila dah balik kem ada peluang la nak takutkan kawan yang lain hehe. Oh ya, pasal markah, aku dapat 77/100. Yeah not bad kan bagi seorang yang tidak berpengalaman dalam memegang senjata macam aku ni?

Padahal pada masa tu, aku tak tau pun apa yang aku tembak. Main tembak sukahati je. Malas nak fikir target sangat. Nanti terpilih untuk masuk dalam pertandingan menembak wakil untuk setiap kompeni, mati akuuu. Tapi tapi tapi, menembak menggunakan M-16 ni bukan paksaan ok? Amboi mesti adik-adik dah rasa lega kan sebab boleh escape?

Tapi bagi aku, why not kita cuba je? Pengalaman sekali dalam seumur hidup wokeh. Lepas ni dah takde peluang dah kau nak terhegeh-hegeh pegang senjata. Aku ni penakut jugak orangnya, tapi dapat jugak markah dalam menembak. Paling tak boleh blah ramai jugak yang dapat markah 0/100. Majoriti perempuan or memang semuanya perempuan. Entah apa yang korang tembak agaknya aku pun tak tau hahaha.


Aku bukan hitam sesaja ok. Hitam tu sebagai bukti bersungguh pergi kawad kaki haha. Ini adalah kawan baru aku iaitu Eric. Dia ni best, sporting. Masa ni kitorang dah habis buat khemah untuk aktiviti wirajaya. Hish paling tak suka, khemah kitorang je yang buruk nak mampus. Alahaiii nak terketawa pun ada jugak aku tengok. Kreatif sangat, ikat kat batang pokok pun boleh hihi.

Bila dah habis buat khemah, masa untuk memasak pulak. Maaf ye, aku tak masak pun masa ni. Sebab aku rasa dorang taktau yang aku ni empunya blog resepi masakan hahaha! Tapi takpe haha. Lagilah senang kerja aku, semua diorang yang buatkan. Aku tau makan je. Tapi satu perkara lagi yang mendukacitakan, kitorang jugak group yang terakhir menjamu selera.

Group lain siap dok cungkil gigi dah, kitorang masih tercungap-cungap macam ikan nak mati sebab nasi kitorang masih keras. Kena tambah air berkali-kali barulah masak. Alhamdulillah, walaupun lambat tapi kenyang jugak perut masa tu.

Oh ya, benda putih yang kawan aku dok pegang tu ialah lilin untuk memasak. Lilin yang dibekalkan cuma 8 ketul kalau tak silap. Memang tak cukup kalau korang tak pandai nak guna kaedah lain. So, jangan boros guna lilin. Guna ranting kayu dan daun yang ada kat sekitar tu sebagai api untuk memasak. Sebab lilin tu cepat habis tau.

Wirajaya ni, dia bukan setakat sesaja tidur dalam hutan tak tentu hala ok. Masa korang sebenarnya penuh dengan aktiviti yang vice-versa. Setiap aktiviti akan dilantik orang yang berbeza-beza. Aku masa tu kebetulan dapat aktiviti yang bernama "Telefon Karat". Memang mampus aku bila nak kena lantik jadi ketua sebagai denda lambat datang. Nasib baik tak jadi ketua.

Pasal malam tu pulak, masa nak tidur tu Ya Allah tak selesanya. Dengan bunyi nyamuk sana sini, aih tak tenteramnya aku! Nasib baik ada krim nyamuk tu. Dapat jugak aku terlelap dalam masa 20 minit sebelum aku terjaga balik sebab kena gigitan nyamuk. Memang masa tu rasa nak lumur je badan ni dengan krim tu. Dah lah mengantuk nak meninggal.

Bila dah terlelap untuk kali yang kedua, and macam biasa.... Ofcourse ada gimik! Kononnya gempa bumi berukuran 8 skala richter telah melanda. Aku adalah insan yang paling lambat sedar dari mimpi. Aku bangun je, aku toleh kiri kanan semua kawan aku dah hilang. Cantik betul perangai dorang ni kalau gempa bumi betul tadi habislah aku mati kena hempap pokok. Dah lah pokok kat dalam hutan tu besar gila bapak.

Masa tu dah lah aku bangun lambat, dah tu aku pakai baju pun lambat, masa tu aku gunakan baju celoreng sebagai selimut aku. Tapi ada baju inner celoreng lah kat dalam. Jangan risau, aku pun tak sanggup nak bukak baju tanpa ada apa-apa cover kat dalam hutan tu haha!

Masa gimik tu berlaku, tepat pukul 1 pagi. Gila ah dorang ni. Aku memang rasa nak bunuh orang je masa tu haha. Geram sangat kan? Penat weh. Padahal gimik je weh. And kitorang dikehendaki balik ke dorm untuk sambung tidur kat dorm. Barang semuanya tinggal kat dalam hutan. Esok pagi baru ambik.

Ok, aku rasa sampai tu je aku nak cerita pasal wirajaya. Cerita pasal benda lain pulak.


Yes, this is us! Wira Alpha yang sangat awesome. Masa ni kitorang ada khidmat komuniti kat Taman Negara. Best sangat sebab diberi peluang untuk bermalam dekat chalet kat sana. Masa pemilihan bilik chalet, kemain aku plan dengan member aku untuk duduk dekat-dekat supaya dapat sama bilik.

Tup tup alhamdulillah, plan kitorang berjaya. Memang sama bilik pun. Takkan dapat aku lupakan when aku mengalah dengan rela hati tidur atas lantai. Tak biasa nak bersempit macam ikan sardin di atas satu katil. Kat bawah lagi selesa, sejuk kot.

Lepas tu, kepada wira muslim, kitorang bangun pukul 4 pagi untuk buat qiamullail. Banyak solat sunat jugak kitorang buat. Pastu masa solat sunat taubat dan solat sunat hajat ustaz sengaja tutup lampu supaya lebih dapat auranya. Alhamdulillah jugak sebab berbaloi semua tu =) Mengantuk tu memang la mengantuk, tapi bukan selalu kan? Sangat best!


********************


Itu je yang aku nak ceritakan. Tak larat dah nak menaip. Kalau aku ceritakan semua, tak cukup satu hari. Yang paling penting, pesanan aku buat adik-adik diluar sana ataupun budak sama batch (1996) yang masih menunggu turn untuk Kumpulan 3 nanti, korang jangan takut nak pergi plkn.

Aku pasti, kenangan kat plkn akan menjadi kenangan terindah dalam kehidupan korang. Walaupun asyik kena marah dengan jurulatih, relax... Jangan melawan. Sebaliknya korang enjoy je life kat sana. 3 bulan sangat tak lama. Paling sedih masa nak berpisah dengan bebudak KL ni lah. Dorang balik sehari lebih awal dari kitorang.

So masa dorang dah nak naik bas tu memang pilu jugak lah. Walaupun aku cuma rapat dengan beberapa orang je, tapi pemergian dorang tu terasa. And keesokannya harinya, kitorang pulak yang balik. Yeay! The end. Sorry kalau tak dapat nak ceritakan semua, cukup sekadar sipi-sipi je buat tatapan aku di masa akan datang jugak hehe =)



Thursday, 24 April 2014

Diploma atau Matrikulasi?



Assalamualaikum..


Diploma atau matrikulasi? Soalan yang sukar untuk dijawab. Mungkin lebih sukar daripada soalan addmaths. Hari yang dinantikan oleh semua lepasan SPM 2013 dah pun tiba. Keputusan matrikulasi dan kemasukan ke tingkatan 6 untuk sesi 2014/2015 dah pun keluar harini. Kepada yang dapat matrikulasi, tahniah aku ucapkan. Bagi yang tak dapat, takpe. La tahzan. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk korang.


Credit: halatuju.com


Kepada korang yang dapat matrikulasi, mesti ada antara korang yang tak tau nak terima tawaran tu atau tak. Macam aku sekarang lah. Kemain aku dah semangat nak ambil diploma sebelum ni. Beriya-iya sangat nak masuk U tau? Tapi keputusan aku jadi goyah sikit bila check result intake matriks pagi tadi.



Aku memang nak masuk matriks. Dari zaman sekolah dulu lagi. Kalau aku taknak masuk, buat apa aku beli nombor pin mahal2 ye tak? Tapi bila dengar sedikit suara sumbang oleh orang sekeliling yang cakap matrikulasi ni tak bagus, sijil tak laku dan macam2 lagi, aku jadi macam tak boleh nak kata apa dah.


Memang la aku tau sijil matriks ni tak laku even kalau kita dapat 4Flat pun. And aku sedar, sijil matriks tak boleh buat untuk minta kerja. Tapi yelah, bebudak matriks ni jangan memain. Pandai-pandai semuanya. Aku rasa tergugat pulak nak masuk matriks ni takut nanti tak boleh nak survive hehe. Tapi sebenarnya takda apa pun (demi sedapkan hati sendiri)


Ada je budak sains yang pindah pergi perakaunan boleh survive even dorang takde basic pun. Tu la pasal aku buat post ni. Nak minta pandangan dari korang sikit. Mana tau ada antara korang yang lebih berpengalaman dari aku pasal semua ni.


Paling aku tak suka bila kebanyakan (semua kot) orang aku tanya untuk minta pendapat, dorang mesti kata "Depend kepada kau lah. Yang mana satu kau rasa dapat bawa". Geramnya aku bila dengar jawapan macam ni. Yes aku tau tu. Tapi aku kan minta pendapat, apa salahnya kalau bagi pendapat yang membina sikit? Ayoooo. Manyak pining oh.


Sama ada pendapat korang tu aku terima atau tak, itu terpulanglah kan? Dah nama pun pendapat. Tak semestinya semuanya betul. Pendapat setiap orang lain. So jangan takut nak bagi pendapat eh? Kita tak makan orang haha.


p/s: Harap sangat dapat pendapat yang membina =)




Tuesday, 1 April 2014

Blog nabeelstories featured dalam Berita Harian



Assalamualaikum...


Sebelum aku memulakan cerita ni dengan lebih panjang lagi, sebenarnya kisah ni dah lama. Ala boleh lah dikelaskan dalam cerita lapuk gitu. Kalau jual pon memang confirm tak laku cerita ni. Dah basi kot kata orang haha. Tapi aku tetap jugak nak tulis dalam blog. Sebab pada masa blog aku featured dalam news berita harian, aku tak dapat nak update blog. Al maklumlah masa tu aku tengah dalam kem PLKN. Laptop pon takde macam mana la nak update blog ye dak??


Aku dapat tahu yang blog aku featured dalam news pon sebab kawan2 aku yang tak terpilih untuk menyertai PLKN yang bagitau. Kemain dorang siap ambik gambar masuk dalam instagram lagi tau. Dorang pulak yang terover bila kawan dorang masuk news. Hahaha. Tak silap aku dua orang je lah. Terima kasih lah pada korang yang begitu alert dan memahami keadaan aku di kem PLKN sampai sanggup upload dalam instagram memasing. Terharu pakcik tahu :')


Surprise sangat bila aku bukak instagram je, terus terpampang dua menda alah ni. Rasa nak terkucil masa tu. Nak bernafas pon dah tak tentu hala sebab teruja yang melampau haha.


Ini adalah muka hadapan suratkhabar di mana terkandung blog aku di dalamnya hehe.


Well, menda cecinot ni dia letak pada page depan sekali dalam kolum di mana blog aku featured.


Yaaaa.. Ni lah yang aku nak tunjukkan dari tadi. Tak sangka semua gambar yang akak wartawan ambik adalah dari entry 2013, A moment to remember :) aku. Nasib baik dia ambik gambar yang muka aku nampak elok je. Dibuatnya ambik dari entry lama aku, habislahhhh. Semua gambar masa zaman demok demok dulu hehe.


Untuk kali ni, dah masuk 2 kali blog aku featured dalam media. Baru 2 uolssss!! Rasa nak terkeluar je usus bila menaip statement tadi haha. Tolonglah jangan gelak. Blog ni masih di tahap blog picisan dan hingusan lagi. Okay, untuk pertama kali dulu, aku pernah featured dalam Majalah REMAJA iaitu masa aku masih di alam persekolahan. Dan alhamdulillah.. Untuk kali kedua ni, aku featured pulak dalam Berita Harian.


Itu aje apa yang aku nak ceritakan hari ni. Tak best sangat cerita kali ni sebab mood menaip takde. So see you in the next entry, inshaAllah! Thanks for reading =)


Sunday, 30 March 2014

[PART 1] Dah balik PLKN guys! Jyeahhh!



Assalamualaikum.


Alhamdulillah finally ada jugak peluang untuk update blog. Kemain lama sangat dah aku tinggalkan dunia blog ni ye. Kali terakhir aku update pada 2 Januari 2014. Nampak tak kat situ dah berkurun lamanya aku tak update blog? Weh come on lah guys. Aku dah kembali ni. Korang tak seronok ke? Lulz


Bagi yang tak tau kemana aku menghilang selama ni, aku bukan menghilang sesuka hati je kot. Aku menghilang disebabkan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Ha ambek kau aku malas nak shortform bagai, terus bagi nama full je hehe.


Yeayyy korang nampak sendiri kan aku telah berjaya menghabiskan PLKN dengan begitu gemilang sekali haha! Dulu kemain akulah manusia yang paling taknak masuk PLKN, memang dari kecik dah aku tanam azam taknak ikut PLKN. Sebab dulu masa kecik aku selalu tengok iklan budak PLKN dok ketuk periuk nyanyi lagu PLKN dalam hutan tu. Memang dah lama dah, maybe masa PLKN ni baru ditubuhkan lagi kot. Sekitar tahun 2004 ke 2005 macam tu lah. Aku masih ingat lagi lulz :p


Tapi you see? Aku tak sangka sekarang aku dah duduk kat rumah dengan kepala botak macam lepasan Juvana je. Tak terasa okeh 3 bulan berada di kem PLKN. Yah, bagi yang tak tau lagi aku terpilih untuk menyertai PLKN di Kem PLKN Similajau Bintulu, Sarawak. So far pengalaman di kem plkn sangat sangat menyeronokkan! Bagi kawan2 yang bakal masuk plkn untuk Kumpulan 2 dan 3, aku nasihatkan korang enjoy je bila masuk plkn nanti. Semuanya best cayaaaalah!


Inilah moment yang aku sempat rakamkan. Moment yang takkan berulang lagi. Moment dimana kitorang semua nak pergi plkn. Aku tengok takde lah sedih mana pun. Semua buat muka cool je masa ni. Ada yang bergelak sakan lagi. Maybe seronok sangat kot. Aku? Macam biasalah buat dek je, buat tak layan orang je membawak ego bersama-sama haha.


Actually, aku ada banyak perkara nak cerita dekat korang. Rasanya kalau satu entry je memang tak cukup. Tapi aku tak tau la kalau aku ni rajin ke tak nak post pasal plkn tiap hari. Macam ni lah senang, aku post mana yang aku ingat je dan bila aku ada masa. Mana yang aku tak ingat tu apa boleh buat, ye dok?


Gambar yang ni masa kitorang semua nak balik ke rumah masing2. Sempat tau ambil gambar walaupun jurulatih dah memekik mekik suruh berbaris untuk ambil sijil. Korang teka lah mana satu aku kat gambar di atas. Amaran kepada korang semua!! Aku tak pendek ok hahaha!


Alright. Thats it, cerita sepintas lalu pasal plkn aku. Aku cuma cerita sikit2 je, nanti kalau rajin aku cerita lagi pasal benda lain. Macam yang aku bagitau korang tadi, aku ada banyak cerita untuk korang. Jangan risau hehe. Sekarang ni mood berblog agak merudum mungkin sebab dah lama tak blogging kan?? So sekarang masih dalam proses menaikkan semangat blogging balik haha.


Thanks for reading !


Thursday, 2 January 2014

2013, A moment to remember :)



Assalamualaikum

Happy New Year ! !


Actually dah plan nak menaip entry ni sejak malam tadi. Masa nak lelap tu sempat pulak aku draft entry, tapi bukan draf dekat buku ke apa, aku just guna kebolehupayaan yang sedia ada iaitu imaginasi. Kemain siap ada anak panah sana sini yang macam dalam peta minda tu. And seems like petang ni baru dapat update blog, sebab ada je rintangan yang timbul.

Rintangan yang paling teruk sekali, which is tengah hari tadi blackout lah pulak. Satu kawasan perumahan blackout. Punya lah panas. Bila aku tengok jam masa tu sharp pukul 12. Pandai betul Sarawak Energy ni ! Hadiah tahun baru ke apa? Ok, kita just lupakan pasal benda remeh ni hahaha. Pertama sekali I want to give thanks to Allah sebab aku masih lagi bernafas sampai ke detik ini. Alhamdulillah dapat jugak menaip entry buat tatapan korang ye?


Alhamdulillah juga sebab cuaca hari ni sangat panas. Selalunya hujan je time2 macam ni which is condition yang paling sesuai untuk tidur hehehe


Life aku sebenarnya takda apa yang best pon. Tahun 2013 juga melakar kenangan di mana aku tidak ada pergi bercuti ke mana2 tempat even dalam Malaysia pon. Sebabnya nak menduduki exam terbesar dalam hidup iaitu SPM kata ko. Walaupun tak pergi holiday, tapi I appreciate every little things in my life.

Tahun 2013 juga mengandung terlalu banyak memory yang aku takkan dapat lupakan. So jom imbas kembali apa yang terjadi pada aku in 2013. Tapi tak semua memory aku boleh sumbat masuk sini, sebabnya tak semua moment aku capture. Mana yang ada gambar je lah aku akan share ye =) Gigih tau aku korek folder dalam laptop ni nak cari kot2 ada benda yang boleh jadi kenangan.

  • Kelas account

Yeah, this is my awesome classmates! Masa ni baru je habis kelas Prinsip Perakunan waktu malam. Kelas untuk buat kerja kursus sebenarnya. Masa ni ruginya aku takda dalam gambar sebab terpaksa balik awal cause ayah aku dah sampai untuk jemput aku. Masa ni aku belum asrama lagi ok. So, saksikanlah perangai dorang yang sangat sporting tu.


  • Seminar addmath

Yang ni pulak masa kitorang hadir dalam Seminar Addmath yang bertempat di Park City Everly Hotel. First time kot aku hadir seminar kat tempat 5 bintang camni tanpa bayar satu sen pon! Semua pihak Panitia Addmath yang tanggung. Thank you teacher ! !

You seeee that! Tak sah kalau tak camwhore. Yang ni kat tingkat bawah lobi, kitorang sesaja jalan sebenarnya pastu jumpa cermin apa lagi?? Capture la that moment! Penting tau untuk capture setiap detik sebab some of them kita akan lupa. Nanti bila tengok lagi sekali gambar ni, kadang2 aku mesti ask myself samada betul ke aku ada masa tu =)


Ko tengok la dia ni. Pantang betul nampak aku pegang phone. Mesti suruh tangkapkan gambar. Yelah kan, dorang ni stay dekat hostel, memandangkan masa tu aku masih lagi memegang status sebagai pelajar harian, maka aku dengan pelajar harian yang lain je la bawak phone hehe 


Masa nak balik seminar. Tengok la dah macam mengemis je dok tepi jalan. Penat weh masa ni. Pukul 5pm kalau tak silap, memandangkan sekolah aku ada satu bas je, maka first trip dorang bawa perempuan dulu. Then, baru lelaki. Panjang sebenarnya cerita masa bengkel addmath ni. The moment yang aku tak boleh lupa jugak masa kitorang baru je sampai.

Masa tu hujan lebat selebat-lebatnya, then ko tau bas tu turunkan kitorang kat mana? Dekat jalan dekat luar je. Nak taknak terpaksa meredah hujan yang sebegitu lebat. Masa tu cikgu suruh aku untuk bawa some stuff dalam beg plastik, which is berat benda tu. Aku pun berlari ala2 pelari dunia bawa obor. Padahal bawa plastik je pon. Masuk hotel je semua kesejukan. Beruntunglah siapa yang bawa sweater and blazzer tu.


  • Tuisyen rumah cikgu

Gambar ni kurang clear sikit sebab captured by Samsung Galaxy Tab kawan aku. Masa ni kitorang datang pergi rumah cikgu subjek Perdagangan which is dia sebenarnya mempunyai ijazah perakaunan jugak. Masa ni keesokan harinya kitorang akan menghadapi exam SPM trial ke-2 iaitu subjek Prinsip Perakaunan.

So kitorang yang harian ni pon pakat reramai untuk minta tolong cikgu ni to teach us. Aku pun memandai lantik sorang kawan lelaki (who's took this photo) untuk call cikgu tu. Alhamdulillah entah apa yang kawan aku tu bagitau sampaikan cikgu terima rayuan kitorang. Paling sweet the moment kitorang nak balik cikgu gorengkan nugget. Dah la tuisyen free, kena hidang lagi. 2 kali makan jugak time kat sana.

Mudah2an rezeki cikgu bertambah murah, and thanks for the food hehe!

Kan dah cakap! Pantang jumpa cermin hahaha.


  • Kelas malam BM
This is my classmates! Ko hengat perempuan je suka camwhore? Budak lelaki dalam kelas aku pon gila bergambar jugak tau? Masa ni kitorang baru je habis kelas BM. Sebelum aku balik rumah and sebelum dorang balik asrama, sempatlah jugak capture seketul dua ketul gambar hehe. Ko tengok la betapa blurnya gambar ni, sebab semua tak reti nak dok diam. Berebut nak bergambar hahaha!


Hah yang ni masa dorang bebudak asrama dah balik hostel. Aku dengan budak harian yang lain, and cikgu BM kitorang named Cikgu Dayangku Saurai masih lagi dekat situ sementara tunggu mak ayah memasing jemput. Sementara tunggu ayah aku ambil, bergambar ah dulu! Cikgu ni paling sporting dan paling baik. Semua cikgu baik actually, tapi cikgu ni yang terbaik gitu! Aku masih ingat lagi masa aku dah masuk hostel (masa SPM), cikgu ni hantarkan makanan waktu malam (dalam pukul 9pm) kat kitorang.

Makanan sedap2 pulak tu. Yang aku masih ingat ada ikan kukus yang sangat terbaik masa tu! Ko tau2 je lah hidup asrama ni sentiasa lapar. Aku pun hairan mengapakah ianya terjadi hahaha.


  • Seminar Fokus A di Fajar International College
Masa ni tengah bulan puasa. Tak lama lagi nak raya. So lepas solat Zohor, kitorang lepak sini masa non-muslim pergi makan. Putihnya aku dekat sana. In fact tak pun. Mungkin sebab cahaya yang dipantulkan oleh baju kot?


  • Hangout kali terakhir
Gambar ni masa kitorang jalan-jalan dekat Miri City Fan (Taman Kipas Miri). Without any reason ok. Pastu nampak orang jual makanan lalu aku dibelanja oleh dua orang kawan aku dari sekolah rendah ni ! Thanks korang atas belanja keropok lekor yang kita bergaduh nak makan hari tu hahahaha. Kitorang duduk kat taman sambil makan pastu sesama bagi makan ikan. Banyak gila ikan kat dalam kolam tu ok.


And I promise this is the last picture! Penat dah menaip. Ni dia yang sorang lagi ! Dia ni dah pindah pergi KL sekarang. Jadi orang KL dah kau eh? Lepasni jangan lupa kitorang dekat Sarawak tau hehe.


Ok, that's it! Semoga aku pada tahun 2014 ni lebih baik dari aku pada tahun lepas, inshaAllah =) 


Thanks for reading !