Tuesday, 19 March 2013

Resepi : Puding Roti empuk dan gebu!

 

Assalamualaikum…

 

Masihkah korang ingat ENTRY PENUH TRAUMA ni? Hahaha. Kepada yang dah baca kisah aku kat sana, dorang ni sebenarnya caring tau dengan aku. Cewahhh terimassss banyak2 ye atas caring korang tu. *tak boleh blah ayat aku* Terharu aku sob sobsss. Dan satu hal yang buat aku pening kepala jugak, rata2 yang komen kat entry tu dok tanya, aku nak buat kek apa?

 

Hahaha. So inilah jawapannya, seperti yang korang tengok pada post title kat atas tu. Puding roti!! Mesti ada yang sampai termimpi2 sebab tak tahu apa dia resepi ajaib 7 keturunan aku ni. Haaa sekarang aku dah bagitahu. So alang2 dah baca tu, teruslah baca sampai habis ye?! Serius memang sedap gila nak mamssss je benda ni. Ceh masuk bakul angkat sendiri.

 

Bahan2 resepi ni macam banyak pulak. Tapi jangan risau, most of the barang korang boleh curik dari dapur!

 

IMG_2735

Bahan-bahannya :

 

BAHAN A

  • 2 Cawan susu segar *guna fresh milk dutchlady lagi best*
  • 8 keping roti putih *sebaiknya pilih jenama baik punya. supaya hasil dia nanti pun baik punya*

BAHAN B

  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur naga. Eh telur ayam! Telur naga besar sangat. Seperiuk pun belum tentu muat. Heheheh :p
  • 1 sudu teh esen vanila *letak banyak sikit pun takpe. kasi dia wangi sikit. best jugak bau vanila ni. erghhh*
  • 1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum

BAHAN C

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan gula biasa

 

Cara2 nak buat pulak. Haaa jaga2 cara2 nak buat ni penuh dengan gambar. Senanglah untuk korang rujuk kan?

PERINGATAN : Sebelum korang mula buat resepi ni, panaskan dahulu ketuhar api atas bawah, suhu 180C. Supaya nanti korang tak payah nak tunggu lama2 lagi nak panaskan ketuhar ni. Ok? Dah panaskan? Bagus. Sekarang time adun mengadun!

 

IMG_2743

1. Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk selama 30 minit. Ketepikan.

 

IMG_2745

2. Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur, mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam bekas pengadun macam gambar kat atas. Campak je semua sekali, takyah nak ikut urutan bagai.

 

IMG_2746

3. Yeah! Dah pun sebati. Guna cara manual je sebab benda ni seciput je! Lagipun malas nak pakai mesin pengadun tu, nak cuci lagi bagai. Malas ahh.

 

IMG_2747

4. Lepas tu, korang tuang roti yang direndam tadi macam gambar kat atas. Dah tu, gaul rata2.

 

IMG_2748

5. Tadaa! Bahan A telahpun bergabung dengan bahan B.

 

IMG_2753

6. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. Haaa macam gambar kat atas ni. Lepas tu, terus masukkan dalam ketuhar. Tak perlu tunggu lama2 lagi, sebab ketuhar dah dipanaskan awal2 kan? Haa gitu. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.

 

IMG_2755

7. Tadaaa dah masak! Huh bau dia memang menggoda gila time baru masak ni. Dengan bau vanila nya, rasa nak ngap terus je. Tapi kejap. Belum habis lagi! Sekarang kita nak buat topping dia pulak. Topping ni untuk korang tuang kat atas puding ni nanti.

 

IMG_2758

8. Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk atau pan yang tak melekat tu pun boleh. Gaul rata2 sampai satu masa tu, korang rasa berat je nak kacau. Itu maksudnya topping dah boleh di tuang.

 

IMG_2761

9. Tuangkan topping ke atas puding roti tadi. Lepas tu, biarkan sejuk. Sabar dulu. Tahan nafsu nak makan.. Kalau nak lagi cepat sejuk, letak dalam freezer ok? Tu pun kalau korang ni jenis memang tak dapat tahan dah nak ngapp! Hahaha. *aku di antaranya*

 

IMG_2768

Dan hasilnya! Huhhh sedap gila berasap hidung bila makan. Hahaha. Serius kembang hidung bila benda yang kita sendiri buat menjadi. Ye dok? So kalau aku yang tak tahu masak ni boleh buat, mesti korang pun boleh.

 

Ramai yang komen, rajinnya aku buat benda2 macam ni. Yelah memang rajin. Sebab nak makan kan? Kenalah buat sendiri. Aku tak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada mak aku. Dia pun tahu jugak erti penat. Itulah gunanya parents ada anak. Untuk menyenangkan mereka. Tapi maaf, aku belum sampai tahap yang betul2 menyenangkan mereka. Sobs. Touching touching kejap :( . Tapi tolong sikit2 tu adalah. Sebab nanti kalau berlaku apa2 kat dapur tu, mak jugak yang susah. Hehehe *sengih kambing*

 

.