Wednesday, 4 December 2013

Maksu ku kahwin - Part I



Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Tanggal 1 Disember hari tu maksu aku telahpun selamat menjalani bahtera perkahwinan. Maksu yang sorang ni lah paling sporting aku rasa dalam banyak2 maksu. Dia pernah jadi talent untuk aku masa shooting dekat Batu Caves hari tu.


[IMG_0806%255B10%255D.jpg]


Masih ingat tak dulu masa dia bertunang, aku ada buat post jugak. Kepada sesiapa yang mengikuti blog aku dari awal tahun, dorang tahu lah kot. Kalau korang terlepas baca, boleh klik sini atau kalau korang malas nak baca korang tengok je gambar kat bawah ni. Gambar masa bakal mak mertua menyarung cincin tanda bahawa dia telah 'ditempah orang'.


[778727_248060658660650_1000809096_o%255B4%255D.jpg]


Ok, itu dia sedikit permulaan sebelum aku mulakan entry pada hari ni. Supaya korang boleh berkenal-kenalan dulu dengan maksu aku ni, baru la ada feel nak baca kan.


Hari perkahwinan takkan terpisah dengan benda yang dipanggil pelamin. So inilah dia pelamin maksu aku. Mengenakan warna hitam putih sebagai warna pelamin. Cukup simple. Tak serabut kepala nak tengok. Kadang2 ada jenis pelamin yang menyerabutkan. Tak tau la bagi orang lain, tapi bagi aku lagi simple lagi ok. Tak payah nak kontra sangat warnanya. Hitam putih ni macam masuk je warnanya kan?


Hantaran yang berwarna putih ialah dari sebelah pihak lelaki. Manakala yang bewarna hitam dari sebelah perempuan. Aku rasa hantaran perempuan lagi banyak dari lelaki haritu. Paling unik, puding caramel pon dijadikan hantaran chuols tau? Semoga perkahwinan mereka semanis puding caramel tu la kan. Harap begitu.


Ok, inilah dia bakal paksu aku (tapi sekarang dah officially paksu ler). Masa ni dia tengah berdeborrr gila kot menunggu detik2 ijab qabul. Tipu siapa tak berdebor. Kalau degupan jantung boleh kelihatan, aku rasa memang laju gila jantung dia berdegup masa ni.


Maksu aku yang diapit oleh dua orang sahabat baik dia. Muka dia nampak tenang je kan, tapi dalam hati siapa yang tahu.





Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Tahap kemuncak dalam proses ijab qabul uols. Alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar, dengan sekali lafaz, maksu aku telahpun diijab qabulkan.


Ok, selepas selesai ijab qabul, upacara bersalam-salaman pon berlangsung. Aku tabik dengan mak kepada usu aku. Dia tabah melepaskan anak bongsunya tanpa menitiskan air mata. Semestinya bukan mudah nak control emosi masa ni. Tapi dia tenang je.


Yang ni pulak ayah kepada maksu aku.




Upacara penyarungan cincin.




Sekalung tahniah kepada maksu aku. Akhirnya terbina jugak rumahtangga selepas hampir setahun selepas pertunangan. Semoga rumahtangga yang terbina ni sekukuh bangunan konkrit, semanis pavlova, dan seharum mawar. So nantikan part yang seterusnya semasa hari persandingan :)



7 comments:

SyamimiNazifa said...

congrats for your maksu :D

Kisah Si Dairy said...

tahniah kat maksu nabeel..lama tak masuk blog nie...

Hunny Kitty said...

lama betul tak update blog ye dik?
btw tahniah mak su...gegege

roslita thalib said...

wah lama betul nabeel tak update blog. dah habis periksa ye? congratz maksu :)

Adam Faiz said...

Congrats to maksu :D semoga kekal bahagia selamanya :)

Sukma Haron said...

so sweettt.....cantik pelamin tuh....

aisya said...

selamat pengantin baru buat maksu ktk.. kacak pelamin nya aie.. hehe