Thursday, 5 December 2013

Berita gembira! Dapat plkn kumpulan 1



Assalamualaikum.


Gembira tak terkata. Eh tunggu kejap. Sejak bila aku gembira bila dapat masuk ke kem plkn ni? Bukan ke dulu aku yang beriya sangat taknak masuk plkn? Ha kalau korang masih ingat masa pertama kali dapat tahu aku terpilih untuk masuk ke kem plkn dulu, aku ada buat entry jugak (klik sini). Masa tu masih bulan Julai. Tapi tak terasa pon sekarang dah bulan Disember. Time flying fast kan?? Dah habis spm dah pon.


Ok, biar aku terangkan kenapa aku gembira pulak sekarang ni. Pertama sekali, aku bersyukur sangat sebab terpilih dalam Kumpulan 1 atau dengan penjelasannya perasmi kem plkn untuk sesi 2014. Perasmi wokeh! Kau hadooo? hehe. Kepada korang yang masih belum jelas lagi tentang plkn ni, biar aku kasi explain sikit. Selepas nama kita dah terpilih untuk menyertai kem plkn, selepas tu kita akan dibahagikan kepada 3 kumpulan pulak.


Yang mana, kumpulan 1 akan menjalani latihan pada awal tahun, kumpulan 2 akan menjalani latihan pada pertengahan tahun dan kumpulan 3 akan menjalani latihan pada akhir tahun 2014 nanti. Dan seperti yang aku dah mention kat atas, aku bersyukur sebab terpilih dalam kumpulan 1. Bagi aku, yang awal2 ni lah paling best daripada yang hujung2 tu.


Dan sebab yang kedua kenapa aku gembira (sangat) ialah aku terpilih untuk menjalani kem plkn yang bertempat di Similajau, Bintulu. Its better aku rasa berbanding kena dekat tempat sendiri. Walaupun taklah jauh sangat between Miri dan Bintulu, tapi.. boleh laaaaa kan??


Banyak gila uols dokumen yang aku kena baca dan isi. Dokumen ni aku print sendiri dari laman web JLKN masa cek penempatan tadi. Dan ada banyak lagi sebenarnya. Tak larat aku nak print yang lain. Saja je print, so nampak macam bersemangat sikit kan?


Dan perkara paling aku suka, dekat point yang ke 7. Ahhh bertuah siapa dapat masuk ke plkn ni sebenarnya. Dah lah dapat banyak pengalaman, lepas tu dapat elaun pulak. Cuba fikir, dapat ke RM150 sebulan kalau dok kat rumah aje? Tak kan. Tapi yelah, lebih lumayan lagi kalau bekerja part time ke apa. Tapi tak boleh disamakan ye dak? Dekat plkn kita boleh buat kerja amal, dan berbagai modul yang boleh membina jati diri. Gituuu.


Ha yang ni adalah borang pendaftaran. Rasa macam mengada pulak kan bila aku print semua benda alah ni? Hahaha. Semangat macam ni yang patut di contohi oleh adik2 yang bakal menjalani kem pada tahun 2015 nanti. Cuba jadikan abang nabeel sebagai role model korang, boleh dok? hehehe. Sesiapa yang membuat statement macam ni harus dibaling menggunakan telur separuh masak secara berjemaah.


Tengok gambar dah tau kan? Part yang paling tebal ialah benda ni. Buku panduan peserta plkn kata kauuu. Sanggup pulak nak mencetak benda2 macam ni. Sama ada aku tengah mengigau ke bermimpi sekarang. Aku pun tak pasti. Dalam buku ni banyak benda yang dinyatakan. Benda2 haram, benda2 halal (yang boleh dibawa) semuanya ada. Macam-macam ada uols! hiksss.


Rasa tak sabar pon ada nak pergi kem plkn. Tak lama lagi, 6 Januari nanti pergi lah. Tapi part tak boleh blah bila kena BOTAK. Ahhh seumur hidup aku, tak pernah aku BOTAK ok. Aku ulang, tak pernah. Tipu lah tak pernah langsung, masa kecik tu pernah lah. Alaa ni yang tak best ni. Boleh ke kalau taknak botak? Tapi rasanya bukanlah betul2 botak. Cuma gunting tahap 1 je (tahap paling pendek. kot).Apa2 pun, nanti aku keep update kat korang eh. Dan part tak best yang kedua, kena tinggalkan blog selama 3 bulan. Hmmm agak2 boleh tak meneruskan kehidupan tanpa memegang laptop nanti? Kbai


14 comments:

Nour Adieb said...

wahhh, tahniah. PLKN mmg best! :)

roslita thalib said...

woot2... tahniah! :)

Nurul Faiz said...

tahniah dapat masuk PLKN..

Sally Samsaiman said...

alahai....tahniah tau...dulu kak sally siap buat rayuan nk g PLKN tp x dpt :(

PeRdU cINta said...

wa alhamdulillah..tahniah..selamat timba pengalaman baru ye..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

lama akak tak singgah sini.. tahniah bambil.. :D

nuratika aziz said...

tahniah nabil.kehkeh..kita tak dapat pun PLKN.quit sad :(

Adam Faiz said...

Gudluck.Semoga bambil enjoy ! hihihi

Muhammad Khairuddin Lim said...

tahniah......

Diyana Hani said...

tahniah ya..hani tak berpeluang untk join plkn sb tak dapat! hoho...btw hani dah follow ig nabeel..then..jmpot join ya...http://mardiyanhani.blogspot.com/2013/12/segmen-sahabat-selamanya-ii-by.html

Nurazlan Azmi said...

wah taniah!!! hope dapat masuk PLKN jugak satu hari nanti ^_^

Sukma Haron said...

lama akak tak singgah sini...tahniah yea dapat masuk PLKN...hihi
http://ceritamayapersada.blogspot.com/

Fatin Diana said...

TAHNIAH!
hambek, terus CAPS LOCK kauuu. hihi!
seronok lah dapat Sarawak, naik flight free :D

aisya said...

org miri tok nang nya hantar ke similajau ajak kali.. adik kmk tahun lepas similajau juak.. nya padah similajau best agik dr di miri tok..