Tuesday, 19 March 2013

Resepi : Puding Roti empuk dan gebu!

 

Assalamualaikum…

 

Masihkah korang ingat ENTRY PENUH TRAUMA ni? Hahaha. Kepada yang dah baca kisah aku kat sana, dorang ni sebenarnya caring tau dengan aku. Cewahhh terimassss banyak2 ye atas caring korang tu. *tak boleh blah ayat aku* Terharu aku sob sobsss. Dan satu hal yang buat aku pening kepala jugak, rata2 yang komen kat entry tu dok tanya, aku nak buat kek apa?

 

Hahaha. So inilah jawapannya, seperti yang korang tengok pada post title kat atas tu. Puding roti!! Mesti ada yang sampai termimpi2 sebab tak tahu apa dia resepi ajaib 7 keturunan aku ni. Haaa sekarang aku dah bagitahu. So alang2 dah baca tu, teruslah baca sampai habis ye?! Serius memang sedap gila nak mamssss je benda ni. Ceh masuk bakul angkat sendiri.

 

Bahan2 resepi ni macam banyak pulak. Tapi jangan risau, most of the barang korang boleh curik dari dapur!

 

IMG_2735

Bahan-bahannya :

 

BAHAN A

  • 2 Cawan susu segar *guna fresh milk dutchlady lagi best*
  • 8 keping roti putih *sebaiknya pilih jenama baik punya. supaya hasil dia nanti pun baik punya*

BAHAN B

  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur naga. Eh telur ayam! Telur naga besar sangat. Seperiuk pun belum tentu muat. Heheheh :p
  • 1 sudu teh esen vanila *letak banyak sikit pun takpe. kasi dia wangi sikit. best jugak bau vanila ni. erghhh*
  • 1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum

BAHAN C

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan gula biasa

 

Cara2 nak buat pulak. Haaa jaga2 cara2 nak buat ni penuh dengan gambar. Senanglah untuk korang rujuk kan?

PERINGATAN : Sebelum korang mula buat resepi ni, panaskan dahulu ketuhar api atas bawah, suhu 180C. Supaya nanti korang tak payah nak tunggu lama2 lagi nak panaskan ketuhar ni. Ok? Dah panaskan? Bagus. Sekarang time adun mengadun!

 

IMG_2743

1. Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk selama 30 minit. Ketepikan.

 

IMG_2745

2. Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur, mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam bekas pengadun macam gambar kat atas. Campak je semua sekali, takyah nak ikut urutan bagai.

 

IMG_2746

3. Yeah! Dah pun sebati. Guna cara manual je sebab benda ni seciput je! Lagipun malas nak pakai mesin pengadun tu, nak cuci lagi bagai. Malas ahh.

 

IMG_2747

4. Lepas tu, korang tuang roti yang direndam tadi macam gambar kat atas. Dah tu, gaul rata2.

 

IMG_2748

5. Tadaa! Bahan A telahpun bergabung dengan bahan B.

 

IMG_2753

6. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. Haaa macam gambar kat atas ni. Lepas tu, terus masukkan dalam ketuhar. Tak perlu tunggu lama2 lagi, sebab ketuhar dah dipanaskan awal2 kan? Haa gitu. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.

 

IMG_2755

7. Tadaaa dah masak! Huh bau dia memang menggoda gila time baru masak ni. Dengan bau vanila nya, rasa nak ngap terus je. Tapi kejap. Belum habis lagi! Sekarang kita nak buat topping dia pulak. Topping ni untuk korang tuang kat atas puding ni nanti.

 

IMG_2758

8. Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk atau pan yang tak melekat tu pun boleh. Gaul rata2 sampai satu masa tu, korang rasa berat je nak kacau. Itu maksudnya topping dah boleh di tuang.

 

IMG_2761

9. Tuangkan topping ke atas puding roti tadi. Lepas tu, biarkan sejuk. Sabar dulu. Tahan nafsu nak makan.. Kalau nak lagi cepat sejuk, letak dalam freezer ok? Tu pun kalau korang ni jenis memang tak dapat tahan dah nak ngapp! Hahaha. *aku di antaranya*

 

IMG_2768

Dan hasilnya! Huhhh sedap gila berasap hidung bila makan. Hahaha. Serius kembang hidung bila benda yang kita sendiri buat menjadi. Ye dok? So kalau aku yang tak tahu masak ni boleh buat, mesti korang pun boleh.

 

Ramai yang komen, rajinnya aku buat benda2 macam ni. Yelah memang rajin. Sebab nak makan kan? Kenalah buat sendiri. Aku tak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada mak aku. Dia pun tahu jugak erti penat. Itulah gunanya parents ada anak. Untuk menyenangkan mereka. Tapi maaf, aku belum sampai tahap yang betul2 menyenangkan mereka. Sobs. Touching touching kejap :( . Tapi tolong sikit2 tu adalah. Sebab nanti kalau berlaku apa2 kat dapur tu, mak jugak yang susah. Hehehe *sengih kambing*

 

.

54 comments:

DilaElla said...

Yummy..sedapnya puding roti ni..terus rasa lapar :)

Nabeel Fikree said...

@DilaElla hehe ambik je yang dah di potong kat atas ni =)

Seneorita Baharin said...

wahhhhh dikkk, sedappp tuu...post la kat akak sikit :D heeeee

Imani Iwani said...

nampak sedap jer :)

mizzniya said...

wahh nmpk sedap..anta ke rumah skit..hehehe =)

Nabeel Fikree said...

@Seneorita Baharin takyah pos akak. Ambik je yang sy dah potong siap2 kat atas tu. Heheh :3

Nabeel Fikree said...

@Imani Iwani aik nampak je? hiks

Nabeel Fikree said...

@mizzniya nampak je ke? hmmm takyah anta rumah. amek je apa yg sy dah potong kat atas tu. hehe :3

Jee Fairuz Joe said...

Favorite saya ni..hehe..

Nabeel Fikree said...

@Jee Fairuz Joe haha. Tak sangka pulak eh?

nini said...

cam sedap je ni...kena teri niii

Nabeel Fikree said...

ye nini.. awak kena trii ! hehe

botolairkosong said...

chef terrrr!~

aini shahroni said...

nampak
amat
menyelerakan!

permatabiru said...

follower baru di sini..sedapnya nak try la resepi nie nanti..:)

Sally Samsaiman said...

selalu kak sally buat sampai pudding jer...nk buat topping x sempat...pudding dah kena ngappp separuh aihhh ~ :(

Nabeel Fikree said...

@botolairkosong chef tak berbayar. Hahaha

Nabeel Fikree said...

@aini shahroni ehem. Nampak je ke? Hehehe yela belum rasa belum tahu ye dok? :P

Nabeel Fikree said...

@permatabiru wahhh. Mekasih! Yaa try la. Konfem ketagih :p

Nabeel Fikree said...

@Sally Samsaiman hahaha. Laaa boleh gitu pulak? Lain kali letak dalam cage dulu puding tu supaya dia selamat. Hehehe

Kesuma Angsana said...

oklah... nice juga

Nurul Aini said...

Sedapnya..akak rasa akak pernah makan sekali je..waktu akak budak2 dulu..hehe.

Nabeel Fikree said...

@Nurul Aini

wah. Lamanya tak makan. Hahaha

Anonymous said...

ni sama mcm dlm buku resepi chef hanieliza je..yg buku 365 resepi tu..sebijik sama resepi..sy baru buat minggu lepas..

Nabeel Fikree said...

Tak. Bukan. Memang semua resepi puding roti sama pun. Yang ni saya dapat dari blog cik epal.

Normi Nieza said...

lapar la..nak skit..:)

Anonymous said...

Kalo xbkar..kukus leh x??

Nabeel Fikree said...

@Anonymous tak tau la pulak cik anon. boleh cuba dulu :)

farah wahida said...

amboi pandainye nabel ek..cam sedap tu..nk try buat unt minum ptg esok..nk kongsi hasil resepi ni kat blog akak ya nabel..
jom jengok akak farahwahida961.blogspot.com

Noor Hidayah Samat said...

perghhh..lapar giler tgk puding roti nih..xpe jp g bleh try wat utk bukak puasa!! <3

Precious_Samira said...

Sedapnye. simple je cara Nabeel buat puding ni ye

Precious_Samira said...

Sedapnye. simple je cara Nabeel buat puding ni ye.

Precious_Samira said...

Sedapnye. simple je cara Nabeel buat puding ni ye

ZazaMyMoon said...

google punya google terjumpa plak blog biru ni.. omeiii hangat..
mmg nak google nak mencari resipi puding roti ni, tima kacehhhh nanti boleh try ikut cara u.. ;P
pssttt dah follow #1393
http://zazaabdullatif.blogspot.com/

Clarence Bajai said...

Topping tu di kacau atas api atau tak payah ? Curious jugak sebab guna periuk atau non stick pan. .

Clarence Bajai said...

Topping tu di kacau atas api atau tak payah ? Curious jugak sebab guna periuk atau non stick pan. .

ariey aziey said...

BEST TOP ELEVEN HACK EVER!!! http://bit.ly/115Lvh6

ariey aziey said...

BEST TOP ELEVEN HACK EVER!!! http://bit.ly/115Lvh6

izan mama mia said...

wah, pandai yer buat puding roti,,,

asma langit said...

Sedapnyer... Nak buat la esok...
Kalo kukus je bole tak..? Xde oven.. :'(

Associate Professor Dr. Saadiyah Darus said...

Puding roti ni menjadi! Dan paling mudah untuk buat. Thank you for sharing ;)

Associate Professor Dr. Saadiyah Darus said...

Puding roti ni menjadi! Dan paling mudah untuk buat. Thank you for sharing ;)

ANIA MALNA said...

assalamualaikum encik nabil,
boleh tak saya nak pinjam resepi encik ni?

nOtCinDeReLLa said...

Like! Siap topping bagai..

L Eberouge said...

Yeay dah jadi.. thanx for sharing

bunchit la said...

ade x resepi xpyh bakar sbb saye xde oven

bunchit la said...

ade x resepi xpyh bakar sbb saye xde oven

Ain Syima said...

mak aiii sedapnya . .
terliur dah tengok . .

blog-tips-kurus said...

KAGUM LA!!

(huruf besar tu!)

:-)

sone yoona said...

Wah... Msti sdp gilerss kan? Just 1, bole akak kukus je tk dik????oven akk mrajuklah.. ;-)

Eyla Montana said...

Wow !! Macam best je macam sedap je . Nanti nak try lah buat jugak , hee :D

mom's love said...

Wahh!!tergoda tgk puding roti ni!!need to try!!

fatin nur shahira said...

Pehhhhh... Sdapnye

MARIA AWI said...

salute la bleh masak puding roti ni..
kagum..kagum..

tengok puding roti teringat kat mak mentua...sedapnya!!!

Set Bersalin/Berpantang Shaklee Khas Dari Pengedar Shaklee Terbaik