Friday, 31 August 2012

Blog Nabeel Fikree Keluar Majalah?



Assalamualaikum...



Lama dah aku tak update blog. Tak tahu rasa semangat tu tiba2 macam hilang. Takde semangat langsung nak update. Pagi tadi, tiba2 kawan kepada aunty aku upload satu gambar dekat facebook. Lepas tu dia tag lah aku kan. Aku pun macam biasa lah, bukak gambar tu dengan takde perasaan.


Masa tu aku cuma online pakai phone je, maklumlah baru je buka mata kan? Takkan nak buka laptop terus. Mata pun setengah terbuka. Okay, habis aje gambar tu loading tiba2 mata aku yang masih sepet or kuyu tu terus jadi BULAT! Err nampak tak caps lock di situ? Ye bulat!


Terkejut gila aku bila tengok blog aku keluar dalam majalah. Tak sangka lah. Aku macam.. Macam.. Memang tak sangka lah! Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Memang aku anggap benda ni satu surprise buat aku. Pada Hari Merdeka pulak tu.




Nampak di situ? Tapi kedua-dua gambar di atas bukan di ambil oleh aku, tapi di ambil oleh akak Rene Peyjal. Terima kasih banyak-banyak ye kak sebab bagi tahu dekat saya. I'm appreciate it.


Okay, di kesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-55 buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada pembaca blog aku. Terima kasih, terima kasih, terima kasih! :)